DUNIA
Hujan ribut landa Gaza, enam terkorban dan ribuan khemah musnah
Banyak khemah remuk dan tenggelam dalam lopak berlumpur ketika keluarga bertungkus-lumus menyelamatkan apa sahaja yang masih boleh digunakan. - Foto REUTERS
BANDARAYA GAZA: Hujan ribut melanda Semenanjung Gaza pada Selasa, membanjiri ratusan khemah, meruntuhkan rumah yang menempatkan keluarga terpaksa berpindah akibat dua tahun peperangan, serta mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa, menurut pegawai kesihatan tempatan.
Petugas perubatan memaklumkan lima orang, termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, maut apabila rumah runtuh berhampiran pantai Bandaraya Gaza.
Seorang lagi mangsa, bayi lelaki berusia setahun, meninggal dunia akibat kesejukan melampau di dalam khemah di Deir Al-Balah, Gaza tengah.
Ribut itu turut menyebabkan khemah tercabut daripada pasaknya, dengan sebahagiannya terbang sejauh puluhan meter sebelum terhempas ke tanah.
Banyak khemah lain remuk dan tenggelam dalam lopak berlumpur ketika keluarga bertungkus-lumus menyelamatkan apa sahaja yang masih boleh digunakan.
“Semalam saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini,” kata Nagham Alfayomi, 12 kepada Reuters.
“Kami seperti lemas, pakaian yang kami ada semuanya basah, kami tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai, kami kanak-kanak.”
Tiga bulan selepas gencatan senjata menghentikan pertempuran besar, tentera Israel telah mengarahkan pengosongan hampir sepenuhnya kira-kira dua pertiga wilayah Gaza, memaksa lebih dua juta penduduknya berkumpul di satu jalur sempit berhampiran pantai, di mana kebanyakan mereka tinggal sama ada di khemah sementara atau bangunan yang rosak.
Pejabat media kerajaan Gaza yang ditadbir Hamas berkata sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin telah meninggal dunia sejak bermulanya musim sejuk akibat terdedah kepada kesejukan atau runtuhan bangunan yang rosak akibat serangan Israel sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, kira-kira 7,000 khemah rosak dalam tempoh 48 jam lalu, dengan kebanyakan penghuninya tidak mempunyai tempat perlindungan alternatif.
Pegawai perbandaran dan pertahanan awam berkata mereka tidak mampu menangani ribut tersebut berikutan kekurangan bahan api dan peralatan yang rosak.
Sepanjang perang, Israel didakwa memusnahkan ratusan kenderaan yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap kecemasan cuaca, termasuk jentolak dan pam air.
Pada Disember lalu, satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 761 tapak penempatan sementara yang menempatkan kira-kira 850,000 orang berada pada risiko tinggi banjir, dan ribuan penduduk telah berpindah lebih awal menjangkakan hujan lebat.
Pegawai PBB dan Palestin berkata sekurang-kurangnya 300,000 khemah baharu amat diperlukan untuk kira-kira 1.5 juta orang yang masih kehilangan tempat tinggal.
Kebanyakan tempat perlindungan sedia ada telah usang atau diperbuat daripada plastik nipis dan helaian kain.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Hamas menggesa para pengantara perjanjian gencatan senjata Gaza yang bermula pada Oktober supaya memaksa Israel membenarkan aliran bantuan, perlindungan dan bahan pembinaan masuk tanpa syarat.
Israel pula menyatakan ratusan trak memasuki Gaza setiap hari membawa makanan, bekalan perubatan dan peralatan perlindungan.
Namun, pertubuhan bantuan antarabangsa berkata bekalan tersebut masih tidak mencukupi.
Dapatkan berita terkini di sini