DUNIA
Hunter Biden dakwa Netanyahu eksploit konflik Gaza, Iran untuk elak penjara
Hunter Biden (kiri) mendakwa, Perdana Menteri Netanyahu, sedang mengeksploitasi konflik bersenjata di Gaza serta ketegangan dengan Iran sebagai helah untuk menyelamatkan diri daripada hukuman penjara.
WASHINGTON: Anak kepada Presiden Amerika Syarikat, Hunter Biden mendakwa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang mengeksploitasi konflik bersenjata di Gaza serta ketegangan dengan Iran sebagai helah untuk menyelamatkan diri daripada hukuman penjara.
Dalam temu bual bersama wartawan Andrew Callaghan, Hunter menyifatkan tindakan Netanyahu sebagai bermotifkan politik, merujuk kepada perbicaraan rasuah yang sedang dihadapi pemimpin Israel itu.
“Selama 22 tahun dia mendakwa Iran hampir memiliki senjata nuklear. Tapi hingga kini, tiada bukti kukuh dikemukakan. Dia ibarat budak yang menjerit serigala,” katanya.
Netanyahu kini sedang dibicarakan atas beberapa pertuduhan rasuah yang melibatkan penerimaan hadiah mewah serta dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memegang jawatan.
Hunter turut mempertahankan langkah bapanya yang dikritik sesetengah pihak sebagai tidak cukup tegas terhadap Israel.
Menurutnya, Presiden Joe Biden telah menangguhkan penghantaran bom berat kepada Israel, selain memainkan peranan penting dalam membuka laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Ayah saya mengambil pendirian seimbang. Beliau tidak memberi Israel segala yang diminta dan berusaha mengekang kesan terhadap orang awam di Gaza.”
Dalam masa sama, Hunter turut menyelar Presiden Donald Trump kerana memberikan Netanyahu “kebebasan mutlak” untuk bertindak sewaktu pentadbirannya.
“Kerajaan Israel sekarang adalah perkara paling buruk yang pernah berlaku kepada rakyat Yahudi,” katanya lagi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini