awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan

Razak Chik
Razak Chik
22/08/2019
15:26 MYT
Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan
Impak pembakaran ini membahayakan alam sekitar sejagat kerana hutan Amazon antara penyerap karbon yang penting yang masih wujud. - Gambar REUTERS
HUTAN Amazon sedang terbakar pada kadar satu padang bola setiap minit namun malapetaka ini tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada Presiden Brazil Javier Bolsorano.
Pemantauan dari ruang angkasa menggunakan satelit jelas menunjukkan tompok-tompok haba yang menjadi bukti kukuh keadaan sebenar yang berlaku di bumi Brazil.
Bolsonaro memenangi pilihanraya Brazil pada Oktober 2018 menjanjikan pembaharuan termasuk membanteras korupsi, pertingkat tahap keselamatan awam dan yang lebih penting - menggalakkan pembangunan ekonomi.
Pemerintahan Bolsonaro menggangap kawalan ketat terhadap penerokaan hutan Amazon bagi tujuan pertanian dan perladangan membantut perkembangan ekonomi Brazil. Hak asasi kaum asal yang bergantung hidup kepada hasil hutan yang kian pupus juga turut diketepikan Bolsonaro.
BACA: Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan
Beberapa langkah telah diambil sejurus mengambil alih tampok pemerintahan termasuk memberi kebenaran penerokaan hutan Amazon bagi tujuan pembangunan yang disifat mengabaikan dan hak hak kaum asal melalui aktiviti pembalakan, perlombongan dan perladangan.
Masyarakat antarabangsa melalui pertubuhan alam sekitar menyuarakan kebimbangan terhadap penerokaan hutan Amazon melalui pembakaran yang kini jelas terasa oleh penduduk tempatan dan juga negara jiran.
Bolsonaro langsung tidak mengindahkan tentangan dalam dan luar negara walaupun bukti jelas melalui pantauan satelit menunjukkan pembakaran hutan Amazon kini berada pada tahap berleluasa.
Ini termasuk dakwaan hutan Amazon sedang digondolkan pada kadar seluas satu padang bola setiap minit.
Impak pembakaran ini membahayakan alam sekitar sejagat kerana hutan Amazon antara penyerap karbon yang penting yang masih wujud. Kehilangan hutan Amazon akan memberi impak negatif kepada usaha melambatkan pemanasan global yang akan menyebabkan naiknya paras laut.
Topic Berkaitan
#Amazon
#amazon terbakar
#hutan hujan amazon
#Javier Bolsorano
#padang bola
#Presiden Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan