Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan

Agensi
Ogos 22, 2019 12:25 MYT
Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest. - Reuters
SEMAKIN serius dan kemusnahan semakin nyata!
Api semakin marak dalam rekod masa yang pantas di hutan hutan Amazon ketika ini, sementara saintis memberi amaran hal itu akan menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim.
Sebelum ini sudahpun berlaku lebih 72,800 kebakaran di Brazil tahun ini dengan lebih separuh daripadanya berlaku di kawasan hamparan Amazon, ujar National Institute for Space Research (INPE).
Perkembangan itu adalah peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sering digelar sebagai paru-paru untuk planet Bumi, hutan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dalam atmosfera.
Peranannya sangat penting dalam melambatkan kesan pemanasan global, selain menjadi rumah untuk spesies flora dan fauna yang tidak terkira jumlahnya.
Secara kasar, saiz hamparan hutan terbesar dunia itu adalah separuh keluasan Amerika Syarikat.
Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video ‘mengerikan’ sudah tersebar di susur masa media sosial.
Kepulan asap memenuhi ruang langit sementara api terus marak hingga meninggalkan sisa hutan yang hangus dan hitam.

A record level of fires in Brazils Amazon region has been linked to an increase in deforestation, inspiring a #prayforamazonia social media campaign to bring awareness to the blazes destroying the rainforest. https://t.co/3Eapr9f1s1 pic.twitter.com/RmnT19jV4d

— NBC News (@NBCNews) August 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Shocking footage of #Amazon forest fire. Pray for Amazon#PrayforAmazonas #PrayForTheAmazon #AmazonFire #AmazonForest #Amazonia #AmazonFires #PrayforAmazonia pic.twitter.com/MdGCheWawq pic.twitter.com/PtystQWfBe pic.twitter.com/rmJ6DpHHJG

— úmâìr (@iamomaird) August 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Asap sudah berarak tebal sehingga ke Sao Paolo, yang terletak 1,700 batu jauhnya dari titik kebakaran. Gambar yang diambil dari bandar itu menunjukkan langit dalam keadaan suram dan gelap walaupun p[ada waktu tengah hari, kerana sinaran marahari ditutup asap dan debu.
Program satelit Kesatuan Eropah (EU), Copernicus, menunjukkan litupan asap tebal akibat kebakaran yang bermula di Brazil hingga ke timur pesisir Atlantik, malah menyekubungi hampir separuh negara itu.
Keadaan itu dikhuatiri bakal melepasi sempadan Peru, Bolivia dan Paraguay.
Amazon merentangi beberapa negara Amerika Selatan itu, namun lebih daripada dua per tiga hutan hujan itu berada di Brazil.
Menurut INPE, kawasan seluas lebih daripada satu setengah padang bola boleh musnah setiap minit setiap hari.
Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest.
Sementara itu, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Khamis berkata, pihak kerajaan tidak dapat bertindak dengan cekap kerana kekangan sumber untuk memadamkan kebakaran.
Rakyat Brazil dan masyarakat dunia bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sekadar menyatakan tentang usaha menyiasat punca kebakaran.
#amazon terbakar #Brazil #hutan hujan #pemanasan global #perubahan iklim