DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
Ketua IAEA Rafael Grossi menegaskan komitmen agensi itu untuk kekal di Iran, dan meneruskan pemantauan terhadap pematuhan keselamatan nuklear. - Reuters
BERLIN: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan meneruskan pemeriksaan di Iran mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan, kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, menurut laporan TASS.
Ringkasan AI
- IAEA akan teruskan pemeriksaan nuklear di Iran sebaik keadaan keselamatan mengizinkan, selaras dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
- Pemeriksaan tertangguh susulan ketegangan serangan udara Israel ke atas Iran pada 13 Jun, yang menyasarkan lokasi berkaitan program nuklear Iran dan mencetuskan tindak balas oleh Tehran.
- Ketua IAEA Rafael Grossi menegaskan komitmen agensi itu untuk kekal di Iran, dan meneruskan pemantauan terhadap pematuhan keselamatan nuklear.
"Agensi ini kekal dan akan terus berada di Iran. Pemeriksaan pematuhan akan diteruskan seperti yang ditetapkan dalam kewajipan keselamatan di bawah Perjanjian NPT, sebaik keadaan keselamatan dan perlindungan membenarkan," menurut kenyataan Grossi yang dipetik perkhidmatan media IAEA.
Israel mula melancarkan serangan udara terhadap Iran pada 13 Jun lalu, menyasarkan beberapa lokasi termasuk berkaitan program nuklear negara itu, yang kemudian mencetuskan serangan balas oleh Tehran.
-- BERNAMA