DUNIA
IAEA lihat kemajuan dalam perbincangan dengan Iran
Grossi yakin bahawa kemajuan itu boleh mewujudkan 'landasan lebih menjanjikan' untuk rundingan diplomatik yang lebih meluas dan hasil yang positif. - Gambar fail
ISTANBUL: Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi pada Isnin menggesa Iran memulihkan kerjasama penuh dengan agensi itu, sambil menekankan bahawa obligasi Tehran di bawah Perjanjian Non-Proliferasi Senjata Nuklear (NPT) kekal mengikat walaupun terdapat undang-undang domestik baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam ucapannya kepada lembaga agensi, Grossi berkata program nuklear Iran berada di "tengah-tengah usaha kami" sejak beberapa minggu kebelakangan ini, khususnya selepas serangan pada Jun.
Beliau berkata kebimbangan itu telah dibangkitkan secara konsisten di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dalam laporan terperinci kepada lembaga mengenai tindakan Tehran.
Grossi berkata IAEA telah "secara berterusan dan sistematik menghubungi Iran" bagi menangani kebimbangan serta mencari jalan memulihkan "kerjasama yang sangat diperlukan."
Beliau merujuk kepada keputusan parlimen Iran pada 25 Jun meluluskan undang-undang menggantung kerjasama dengan IAEA, yang ditandatangani presiden pada 2 Julai.
"Walaupun undang-undang negara boleh mewujudkan obligasi di peringkat domestik, ia tidak terpakai kepada IAEA," tegas Grossi.
"Perjanjian perlindungan menyeluruh Iran di bawah NPT kekal berkuat kuasa, dan ia merupakan satu-satunya perjanjian yang sah dari segi undang-undang yang mentadbir hak dan obligasi agensi serta Iran."
Menurut Grossi, perbincangan teknikal di Tehran dan Vienna telah menghasilkan kemajuan dalam langkah praktikal untuk mengesahkan aktiviti Iran di bawah perjanjian perlindungan tersebut.
"Saya berharap dalam beberapa hari lagi perbincangan ini dapat disimpulkan dengan berjaya bagi membolehkan pemulihan penuh kerja penting kami dengan Iran," katanya.
Ketua IAEA itu yakin bahawa kemajuan tersebut boleh mewujudkan "landasan lebih menjanjikan" untuk rundingan diplomatik yang lebih meluas dan hasil yang positif.
Beliau menekankan bahawa "pelaksanaan penuh hak dan obligasi agensi serta Iran di bawah perjanjian perlindungan NPT Iran adalah amat penting, sekali gus membuka jalan ke arah penambahbaikan sebenar dalam keseluruhan situasi."
-- BERNAMA