awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IATA gesa kerajaan ikut saranan pakar mengenai sekatan perjalanan

Bernama
Bernama
04/01/2023
14:19 MYT
IATA gesa kerajaan ikut saranan pakar mengenai sekatan perjalanan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk mendengar saranan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak melaksanakan sekatan perjalanan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk mendengar saranan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak melaksanakan sekatan perjalanan.
Ketua Pengarahnya Willie Walsh berkata beberapa negara memperkenalkan ujian COVID-19 serta pendekatan lain kepada pengembara dari China meskipun virus itu telah merebak luas di sempadan negara masing-masing.
"Tidak wajar untuk melihat langkah spontan ini kembali dilaksanakan yang ternyata tidak berkesan sejak tiga tahun lepas.
"Kerajaan perlu membuat keputusan berpandukan 'fakta sains' berbanding 'politik sains,' " katanya dalam kenyataan hari ini.
Walsh berkata penyelidikan yang dijalankan semasa ketibaan varian Omicron mendapati pelaksanaan sekatan dari segi perjalanan tidak memberi perbezaan ketara terhadap penularan tempoh puncak jangkitan.
Menurutnya sekatan perjalanan hanya melewatkan tempoh puncak selama beberapa hari, dan sekiranya varian baharu menular di mana-mana negara di dunia, keadaan yang serupa dijangka berlaku.
"Itulah sebabnya kerajaan perlu mendengar nasihat daripada kalangan pakar termasuk WHO yang menasihatkan untuk tidak mengenakan sekatan perjalanan.
"Kita mempunyai alat untuk menguruskan COVID-19 tanpa melaksanakan langkah tidak berkesan yang memutuskan kesalinghubungan antarabangsa, memusnahkan ekonomi dan menghapuskan pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#WHO
#sekatan perjalanan
#Willie Walsh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan