awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu cedera, anak maut digilis ditolak ke landasan kereta api

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2019
16:09 MYT
Ibu cedera, anak maut digilis ditolak ke landasan kereta api
Polis memaklumkan pihaknya kini membuka siasatan pembunuhan dan suspek disoal siasat berhubung motif. - Foto AP
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut digilis kereta api sementara ibunya cedera apabila seorang lelaki menolak mereka ke landasan dalam kejadian di sebuah stesen kereta api di Frankfurt, Jerman hari ini.
Suspek, seorang lelaki berusia 40 tahun berketurunan Afrika, pada awalnya melarikan diri namun berjaya ditahan pihak polis dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Susulan insiden terbabit, wanita berkenaan menerima rawatan di sebuah hospital namun anak lelakinya maut digilis kereta api yang bergerak laju.
Polis memaklumkan pihaknya kini membuka siasatan pembunuhan dan suspek disoal siasat berhubung motif.
"Kanak-kanak terbabit dan ibunya ditolak di hadapan sebuah kereta api yang sedang bergerak laju menuju ke stesen. Si ibu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri," kata seorang jurucakap polis.
Sementara itu, saluran berita NTV melaporkan, suspek merupakan seorang warga Eritrea.
Satu serangan serupa berlaku 10 hari sebelum itu apabila seorang wanita berusia 34 tahun maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api oleh seorang lelaki di Voerde, berhampiran Duisburg. - AFP
Topic Berkaitan
#Duisburg
#Frankfurt
#maut digilis
#stesen kereta api
#Voerde
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan