Skip to main content

Dunia

Ibu pejabat parti haluan kiri Perancis LFI dikosongkan susulan ancaman bom

French police secure the area after a bomb threat at the headquarters of France's hard-left party La France Insoumise (France Unbowed - LFI) and its evacuation in Paris, France, February 18, 2026. REUTERS/Sarah Meyssonnier TPX IMAGES OF THE DAY
Polis Perancis berkawal susulan ancaman bom dan arahan pengosongan di ibu pejabat parti La France Insoumise di Paris, Perancis, 18 Feb 2026. REUTERS

PARIS: Ibu pejabat parti haluan kiri tegar Perancis, La France Insoumise (LFI) di Paris telah dikosongkan pada Rabu susulan ancaman bom, kata penyelaras parti Manuel Bompard, lapor Xinhua.

Bompard menyatakan di platform media sosial X bahawa polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian, dan semua pekerja serta aktivis berada dalam keadaan selamat.

Advertisement

Amaran tersebut ditarik balik sekitar waktu tengah hari. 

Bompard memberitahu pemberita bahawa parti itu telah melaksanakan langkah keselamatan tambahan untuk melindungi kakitangannya dan menggesa pihak berkuasa awam untuk "menjamin perdebatan demokrasi yang bermaruah dan sihat".

Menurut media Perancis, insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dan siri serangan ke atas pejabat LFI di seluruh Perancis. 

Tindakan vandalisme itu menyusuli kematian Quentin Deranque, seorang aktivis haluan kanan yang cedera parah semasa pertembungan antara kumpulan radikal semasa satu persidangan yang diadakan oleh anggota LFI di Lyon pada 12 Feb.

Akhbar harian Perancis Le Monde melaporkan bahawa setakat ini, 11 individu telah ditahan berkaitan siasatan di Lyon tersebut, termasuk seorang pembantu parlimen kepada Raphael Arnault, yang merupakan anggota LFI.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video