Ibu rendam bayinya dalam air panas hingga mati

Agensi
Jun 21, 2019 10:03 MYT
Simmons enggan membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas merendamnya dalam air panas. - Gambar hiasan.
SEORANG ibu durjana sanggup menyeksa anaknya dengan merendam badannya di dalam air panas yang bersuhu 50 darjah celcius di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.
Kanak-kanak malang yang baru berusia dua tahun itu mati dua hari selepas kejadian berlaku kerana lambat menerima rawatan perubatan.
Menurut laporan portal Thesun.co.uk, ketika kejadian, Zayanna, 2 menangis meronta-ronta kesakitan namun tangisan itu diendahkan ibunya, Lisa Simmons, 41.
Selepas kejadian berlaku, Simmons enggan membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan sehinggalah beberapa hari.
Ketika di siasat oleh polis, Simmons mendakwa ,dia hanya merendam anaknya selama seminit sebelum menyedari air itu terlalu panas.
Bagaimanapun, laporan pakar perubatan mendapati, kesan melecur di badan Zayanna itu menunjukkan kanak-kanak tersebut dianggarkan sudah direndam selama 10 minit.
Akibat daripada berbuatan kejamnya itu, Simmons telah dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.
#Amerika Syarikat #bayi #Hospital #ibu bunuh bayi #mati #MIlwaukee #Wisconsin