DUNIA
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah memberi lampu hijau untuk perbicaraan terhadap bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan. - Gambar fail/REUTERS
AMSTERDAM: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah memberi lampu hijau untuk perbicaraan terhadap bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Lelaki berusia 80 tahun itu dianggap layak untuk dibicarakan, demikian menurut pengumuman mahkamah di The Hague pada Isnin. Prosiding awal dijadualkan bermula pada 23 Februari ini.
Duterte ditahan pada Mac 2025 kerana disyaki melakukan jenayah terhadap kemanusiaan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah di Manila dan diterbangkan ke Belanda.
Pihak pendakwaan menuduh beliau terlibat dalam sekurang-kurangnya 43 pembunuhan yang dilakukan semasa kempen "perang melawan dadah" di negara itu dari 2011 hingga 2019.
Pihak pembelaan sebelum ini memohon penangguhan prosiding dengan alasan tahap kesihatan Duterte yang lemah menghalangnya daripada mengikuti perbicaraan itu.
Susulan itu, pendengaran yang dijadualkan pada September pada mulanya telah ditangguhkan. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan yang komprehensif, hakim menolak permohonan berkenaan kerana didapati tidak berasas.
Hakim kini akan menilai semasa prosiding awal sama ada bukti yang dikemukakan mencukupi untuk memulakan satu perbicaraan penuh. Kes berkenaan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.
Duterte memegang jawatan Presiden Filipina dari 2016 hingga 2022 dan telah melancarkan kempen membanteras jenayah berkaitan dadah.
Menurut pertuduhan, ketika memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Davao sebelum ini, beliau didakwa mengarahkan polis dan "skuad maut" Davao untuk membunuh "penjenayah, termasuk pengedar dadah"
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- ICC memberi lampu hijau untuk perbicaraan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte atas jenayah terhadap kemanusiaan.
- Duterte dianggap layak untuk dibicarakan berdasarkan pengumuman mahkamah di The Hague.
- Beliau dituduh terlibat dalam sekurang-kurangnya 43 pembunuhan semasa kempen "perang melawan dadah" di Filipina dari 2011 hingga 2019.
Lelaki berusia 80 tahun itu dianggap layak untuk dibicarakan, demikian menurut pengumuman mahkamah di The Hague pada Isnin. Prosiding awal dijadualkan bermula pada 23 Februari ini.
Duterte ditahan pada Mac 2025 kerana disyaki melakukan jenayah terhadap kemanusiaan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah di Manila dan diterbangkan ke Belanda.
Pihak pendakwaan menuduh beliau terlibat dalam sekurang-kurangnya 43 pembunuhan yang dilakukan semasa kempen "perang melawan dadah" di negara itu dari 2011 hingga 2019.
Pihak pembelaan sebelum ini memohon penangguhan prosiding dengan alasan tahap kesihatan Duterte yang lemah menghalangnya daripada mengikuti perbicaraan itu.
Susulan itu, pendengaran yang dijadualkan pada September pada mulanya telah ditangguhkan. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan yang komprehensif, hakim menolak permohonan berkenaan kerana didapati tidak berasas.
Hakim kini akan menilai semasa prosiding awal sama ada bukti yang dikemukakan mencukupi untuk memulakan satu perbicaraan penuh. Kes berkenaan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.
Duterte memegang jawatan Presiden Filipina dari 2016 hingga 2022 dan telah melancarkan kempen membanteras jenayah berkaitan dadah.
Menurut pertuduhan, ketika memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Davao sebelum ini, beliau didakwa mengarahkan polis dan "skuad maut" Davao untuk membunuh "penjenayah, termasuk pengedar dadah"
-- BERNAMA
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC
#lampu hijau
#perbicaraan bekas presiden Filipina
#Rodrigo Duterte