DUNIA
Iceland tidak lagi bebas nyamuk selepas musim bunga paling panas
Spesies ini diketahui mampu bertahan dalam musim sejuk dan lazim ditemui di Eropah serta Afrika Utara. - Foto X/@EuroWatcherEUW
REYKJAVIK: Buat pertama kali dalam sejarah, nyamuk telah ditemui di Iceland selepas negara itu mengalami musim bunga dengan suhu tertinggi yang pernah direkodkan.
Ringkasan AI
Penemuan ini menamatkan status Iceland sebagai salah satu daripada dua kawasan bebas nyamuk di dunia, bersama Antartika.
Penemuan mengejutkan ini dilakukan oleh peminat serangga, Bjorn Hjaltason, yang sedang menjalankan pemerhatian terhadap rama-rama menggunakan tali yang direndam dalam wain.
Dalam beberapa malam pemerhatian di kawasan Kjós, sebuah lembah glasier di barat daya Reykjavik, beliau menemui dua nyamuk betina dan seekor jantan yang kemudian disahkan sebagai spesies Culiseta annulata oleh Institut Sejarah Semula Jadi Iceland.
Spesies ini diketahui mampu bertahan dalam musim sejuk dan lazim ditemui di Eropah serta Afrika Utara.
Menurut pakar entomologi Matthías Alfreðsson, belum jelas bagaimana nyamuk tersebut boleh sampai ke Iceland, namun beliau tidak menolak kemungkinan ia dibawa masuk melalui kapal atau kontena dari pelabuhan berhampiran seperti Grundartangi.
Iceland sebelum ini bebas nyamuk disebabkan iklim sejuk dan kekurangan air bertakung yang menjadi tempat pembiakan serangga tersebut.
Namun, tahun ini menyaksikan suhu luar biasa dengan catatan tertinggi 26.6°C di Lapangan Terbang Eglisstaðir, melebihi ambang biasa 20°C selama 10 hari berturut-turut.
Kajian oleh Global Heat Health Information Network menyatakan perubahan suhu ekstrem ini boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem yang sensitif dan telah lama menyesuaikan diri dengan iklim sejuk.
Hjaltason berkongsi penemuannya di laman Facebook komuniti hidupan liar tempatan, menyifatkan nyamuk itu sebagai “lalat pelik pada tali wain merah” dan menulis, “kubu terakhir nampaknya telah jatuh.”
Pemantauan lanjut akan dijalankan pada musim bunga akan datang untuk menentukan sama ada spesies nyamuk ini benar-benar telah menetap di Iceland.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Ringkasan AI
- Buat pertama kali, nyamuk ditemui di Iceland selepas musim bunga mencatat suhu tertinggi, menamatkan status negara itu sebagai zon bebas nyamuk.
- Tiga ekor nyamuk Culiseta annulata ditemui oleh Bjorn Hjaltason di Kjos dan disahkan oleh Institut Sejarah Semula Jadi Iceland; spesies ini mampu bertahan dalam iklim sejuk.
- Pakar menyatakan perubahan suhu ekstrem boleh ganggu ekosistem sensitif; kemungkinan nyamuk dibawa masuk melalui kapal dari pelabuhan berhampiran.