DUNIA
ICJ putuskan Israel wajib bantu operasi Palang Merah dan negara ketiga di Gaza
ICJ menegaskan Israel sebagai kuasa pendudukan bertanggungjawab tanpa syarat memastikan keperluan asas penduduk Gaza dipenuhi, dan tidak boleh menggunakan alasan keselamatan untuk menyekat semua aktiviti bantuan. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pada Rabu bahawa Israel diwajibkan di bawah Konvensyen Geneva untuk bersetuju dan memudahkan skim bantuan yang disediakan oleh negara ketiga dan kumpulan kemanusiaan yang tidak berat sebelah, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Menurut ICJ, skim bantuan ini termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), bagi memastikan bantuan yang mencukupi sampai ke Semenanjung Gaza.
Dalam pendapat terperinci yang dikeluarkan, mahkamah dunia itu menekankan bahawa Israel, sebagai kuasa pendudukan, memikul kewajipan tanpa syarat untuk memastikan keperluan asas penduduk tempatan dipenuhi.
Ia mendapati bahawa penduduk Gaza telah "tidak dibekalkan secara memadai" di bawah Perkara 59 Konvensyen Geneva Keempat, dan oleh itu Israel mesti membenarkan dan membantu operasi bantuan kemanusiaan.
Mahkamah itu menyatakan bahawa selepas peristiwa 7 Okt 2023, Israel telah membunuh lebih 68,000 orang dalam tempoh dua tahun berikutnya dan mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan bantuan, termasuk menyekat penghantaran bekalan kemanusiaan dan perubatan bermula 2 Mac, serta hanya membenarkan kemasukan terhad mulai 19 Mei.
Menolak dakwaan Israel bahawa kakitangan UNRWA mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata, mahkamah menyatakan bahawa "Israel tidak mengemukakan bukti kukuh bahawa sebahagian besar kakitangan UNRWA adalah ahli Hamas" atau apa yang disebutnya sebagai "kumpulan pengganas lain."
Mahkamah turut mendapati tiada bukti bahawa UNRWA mendiskriminasi dalam pengagihan bantuan berdasarkan kewarganegaraan, kaum, agama atau pandangan politik.
"Kuasa pendudukan tidak boleh sama sekali menggunakan alasan keselamatan untuk membenarkan penggantungan umum terhadap semua aktiviti kemanusiaan di wilayah yang diduduki," kata mahkamah, sambil menegaskan bahawa kewajipan Israel untuk memudahkan bantuan adalah "tanpa syarat."
Mahkamah itu turut menegaskan semula bahawa undang-undang pendudukan terpakai bersama undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang mengawal konflik bersenjata, dan Israel mesti mematuhi kedua-dua set kewajipan tersebut.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Israel wajib memudahkan skim bantuan kemanusiaan ke Gaza di bawah Konvensyen Geneva, termasuk oleh ICRC dan UNRWA.
- ICJ menegaskan Israel sebagai kuasa pendudukan bertanggungjawab tanpa syarat memastikan keperluan asas penduduk Gaza dipenuhi, dan tidak boleh menggunakan alasan keselamatan untuk menyekat semua aktiviti bantuan.
- Mahkamah menolak dakwaan Israel terhadap kakitangan UNRWA dan mendapati tiada bukti diskriminasi dalam pengagihan bantuan, serta mengingatkan Israel supaya mematuhi undang-undang pendudukan dan kemanusiaan antarabangsa secara serentak.