awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti mayat pertama mangsa nahas dikenalpasti

AFP
AFP
27/07/2014
00:33 MYT
Identiti mayat pertama mangsa nahas dikenalpasti
Identiti mayat pertama mangsa nahas dikenalpasti
Pakar forensik telah mengenal pasti mangsa pertama daripada 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine minggu lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Belanda pada Sabtu.
"Hari ini mayat pertama mangsa nahas pesawat MH17 telah dikenalpasti," kata menteri kehakiman dalam satu kenyataannya.
"Mangsa merupakan rakyat Belanda dan keluarga mangsa telah dihubungi."
Namun demikian, kementerian tidak mendedahkan identiti mangsa.
Kerajaan Belanda telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses mengenalpasti identiti mangsa dalam nahas yang melibatkan 193 warga Belanda.
"Pasukan yang terdiri daripada 200 pakar kini sedang dalam proses mengenalpasti mangsa yang berkemungkinan besar mengambil masa sehingga beberapa bulan."
Terdapat beberapa mayat yang masih berada di lokasi nahas, namun setakat ini sebanyak 227 keranda mangsa yang terdiri daripada 17 negara telah diterbangkan ke Belanda.
Wakil kerajaan Belanda dan Australia sedang berusaha mendapatkan mandat untuk mengawal lokasi nahas bagi membawa keluar kesemua mayat di lokasi yang sedang bergolak di antara puak pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Eindhoven
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#mayat
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan