INTERNATIONAL

IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza

Astro Awani 14/10/2024 | 00:50 MYT
Anggota juga dilihat memasuki kawasan selatan Lubnan dan mendakwa meranapkan fasiliti ketenteraan pasukan pejuang Hezbollah. - Foto REUTERS
PASUKAN Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan satu rakaman video yang memaparkan operasi rejim itu yang didakwa berlaku di Gaza serta Lubnan.
Video tersebut menunjukkan anggota rejim berjalan di kawasan di mana konflik memuncak, termasuk di wilayah Jabalia, utara Gaza.
Antara lain, anggota juga dilihat memasuki kawasan selatan Lubnan dan mendakwa meranapkan fasiliti ketenteraan pasukan pejuang Hezbollah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu di Lubnan, Hezbollah dilaporkan sedang bersiap siaga berhadapan dengan rejim itu selepas kepimpinan tertingginya dibunuh.
Dalam pada itu, di Gaza, sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam siri serangan terbaharu rejim itu.
Kebimbangan juga tertumpu di Jabalia selepas agensi bantuan antarabangsa mengatakan ribuan penduduk terperankap selepas digempur rejim dalam operasi darat dan udara.
#video #operasi ketenteraan #Gaza #lubnan