awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan berunsur perkauman: Syarikat jenama H&M mohon maaf

Agensi
Agensi
09/01/2018
23:58 MYT
Iklan berunsur perkauman: Syarikat jenama H&M mohon maaf
Syarikat jenama H&M memohon maaf atas keputusan menghasilkan iklan kempen yang tidak peka pada sensitiviti. - Gambar hiasan
Kumpulan syarikat jenama fesyen H&M mengeluarkan permohonan maaf pada Selasa berikutan iklan kempennya yang memaparkan seorang kanak-kanak kulit hitam yang memakai baju yang tertera slogan “coolest monkey in the jungle”.
Reuters melaporkan, kempen koleksi pakaian terbaru itu menerima kecaman banyak pihak yang mengaitkannya dengan diskriminasi kaum.
Pihak H&M berkata, iklan itu sudah ditarik semula dari semua platfrom pemasarannya.
Bintang pop Kanada, The Weeknd, yang pernah bekerjasama dengan H&M, turut mengkritik cara syarikat itu menjalankan promosinya.
Dia yang pernah berkolaborasi dengan H&M dalam dua koleksi pada tahun 2017, berkata tidak lagi mahu bekerjasama dengan jenama itu pada masa akan datang.
"Sedar dari tidur pagi ini, terkejut dan malu dengan gambar itu. Saya sangat terhina dan tidak akan bekerjasama dengan H&M lagi,” ujar The Weeknd, yang nama sebenarnya Abel Tesfaye, menerusi akaun Twitternya pada Isnin.
Perkataan “monkey” (monyet) telah lama digunakan oleh sesetengah pihak dalam ungkapan yang bersifat perkauman.
H&M dalam satu kenyataan berkata, mereka memahami dan bersetuju dengan reaksi The Weeknd tentang imej kanak-kanak lelaki kulit hitam itu.
"Kami mohon maaf gambar itu diambil, dan kami juga kesal atas cetakan tersebut,” kata pihak H&M yang berjanji akan menilai semula amalan syarikat untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Selebriti lain yang turut mengecam iklan tersebut di media sosial termasuk penyanyi rap Diddy dan bintang bola keranjang LeBron James.
Topic Berkaitan
#diskriminasi kaum
#h&m
#iklan
#jenama
#kempen
#perkauman
#syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan