Ikon revolusi komunis Cuba, Fidel Castro meninggal dunia

Harits Asyraf Hasnan
November 26, 2016 07:24 MYT
Kematian Castro dimaklumkan Presiden Raul Castro dalam satu pengumuman di televisyen nasional. - Foto AFP
Ikon revolusi komunis Cuba, Fidel Castro meninggal dunia semalam di Havana pada usia 90 tahun.
Kematian Castro dimaklumkan Presiden Raul Castro dalam satu pengumuman di televisyen nasional.
"Ketua komander revolusi Cuba meninggal dunia pada jam 10.29 malam tadi," kata Presiden itu ketika mengumumkannya di stesen televisyen nasional.
Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung punca kematian Castro.
Kesihatan beliau dilaporkan mula merosot sejak 2008 selepas disahkan menderita keradangan usus.
Beliau kemudian menyerahkan pentadbiran negara kepada adiknya, Raul.
Castro dikenang sebagai wira yang membentuk Cuba dan memimpin negara itu selama 49 tahun selepas mengambil alih pada 1959.
#Fidel Castro #Ikon revolusi komunis Cuba #meninggal dunia #Presiden Raul Castro