awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikrar Netanyahu 'tiada gencatan senjata' di Lubnan selepas ancaman Hezbollah

Agensi
Agensi
15/10/2024
23:40 MYT
Ikrar Netanyahu 'tiada gencatan senjata' di Lubnan selepas ancaman Hezbollah
Netanyahu menolak idea gencatan senjata di Lubnan yang sekali gus akan membiarkan Hezbollah berada dekat dengan sempadan utara negaranya, ketika kumpulan pejuang itu mengancam untuk meluaskan serangannya. - Gambar fail Reuters
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak idea gencatan senjata di Lubnan pada Selasa yang sekali gus akan membiarkan Hezbollah berada dekat dengan sempadan utara negaranya, ketika kumpulan pejuang itu mengancam untuk meluaskan serangannya.
Kenyataan terbaharu Netanyahu itu dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan ke atas tindakan Israel dalam peperangan di Lubnan dan Gaza, mengkritik pengeboman Beirut baru-baru ini dan menuntut lebih banyak bantuan sampai ke wilayah Palestin.
Dalam panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Netanyahu berkata, beliau "menentang gencatan senjata unilateral yang tidak mengubah keadaan keselamatan di Lubnan dan hanya akan mengembalikannya kepada keadaan semula", menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.
Netanyahu dan tentera Israel telah menegaskan mesti ada zon penampan di sepanjang sempadan Israel dengan Lubnan dan tiada kehadiran pejuang Hezbollah.
"Netanyahu menjelaskan bahawa Israel tidak akan bersetuju dengan sebarang persetujuan yang tidak menyediakan ini (zon penampan) dan yang tidak menghalang Hezbollah daripada mempersenjatai semula dan mengumpul semula," kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Hezbollah, Naim Qassem ketika menyanmpaikan mesej melalui televisyen berkata, satu-satunya penyelesaian ialah gencatan senjata sambil mengancam untuk meluaskan skop serangan peluru berpandunya di seluruh Israel.
"Oleh kerana musuh Israel menyasarkan seluruh Lubnan, kami mempunyai hak dari kedudukan pertahanan untuk menyasarkan mana-mana tempat di Israel,” tegas Naim.
Pada hari pertempuran lain, kumpulan pejuang yang disokong oleh Iran itu berkata, ia melancarkan roket bertubi-tubi ke arah bandar Haifa di utara Israel dan menyasarkan jentolak Israel dan kereta kebal berhampiran sempadan.
Tentera Israel mengebom beberapa kawasan di selatan dan timur Lubnan pada Selasa, termasuk di Lembah Bekaa di mana sebuah hospital di bandar Baalbek tidak beroperasi, lapor agensi berita nasional Lubnan.
Israel meningkatkan serangan udaranya terhadap Hezbollah di Lubnan pada 23 Sep dan melancarkan serangan darat seminggu kemudian bertujuan untuk menolak kumpulan itu kembali dari sempadan utaranya.
Hezbollah pula dalam tindak balasnya telah melancarkan ribuan peluru ke Israel sepanjang tahun lalu sebagai menyokong Hamas, menyebabkan puluhan ribu penduduk Israel dipindahkan.
Sekurang-kurangnya 1,356 orang terbunuh di Lubnan sejak Israel meningkatkan pengebomannya bulan lalu, menurut kiraan AFP berdasarkan angka Kementerian Kesihatan Lubnan, walaupun jumlah sebenar kemungkinan lebih tinggi.
Perang di Lubnan yang telah mengalami krisis ekonomi selama bertahun-tahun, telah menyebabkan sekurang-kurangnya 690,000 orang kehilangan tempat tinggal, menurut angka dari Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#Hezbollah
#Israel serang Lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan