[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
INTERNATIONAL

Ilhan Omar lantang bersuara, berdebat dengan wakil khas Venezuela

Astro Awani 14/02/2019 | 03:33 MYT
Ilhan Omar bercakap pada satu sidang media di US Capitol di Washington, 7 Feb, 2019. REUTERS
Ahli Kongres wanita Islam pertama Amerika Syarikat, Ilhan Omar pada Rabu lantang menyuarakan persoalan kepada Wakil Khas Venezuela, Elliott Abrams.

Ia berhubung sokongan yang pernah disuarakan Abrams terhadap kematian skuad Latin Amerika pada tahun 1980-an.

Omar mendesak agar Abrams menjawab sama ada pihaknya melakukan perkara yang sama terhadap Venezuela.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini pada Ahad, Omar yang secara terbuka menyokong pemulauan Israel, mula mencetuskan perbalahan.

Kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya didakwa bersifat rasis terhadap kaum Yahudi dan bersifat anti-Semitik.

Walaupun sudah memohon maaf pada Isnin, Omar terus dikecam oleh ahli Kongres lain termasuk Presiden Donald Trump, yang turut menggesa beliau meletak jawatan dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.



#Amerika Syarikat #anti-Semitik #Donald Trump #Elliott Abrams #Ilhan Omar #Israel #kongres #Latin Amerika #letak jawatan #Venezuela #Yahudi