awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Masjidil Haram ingatkan orang ramai terhadap kempen haji palsu

Bernama
Bernama
10/05/2025
00:20 MYT
Imam Masjidil Haram ingatkan orang ramai terhadap kempen haji palsu
Al-Sudais turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng. - Gambar hiasan
MEKAH: Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara menerusi khutbah Jumaatnya semalam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Beliau memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin dan ulama.
Al-Sudais turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng.
Beliau memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh.
Menurutnya, kesedaran masyarakat merupakan asas utama kepada keselamatan sosial sesebuah negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdulrahman Al-Sudais
#kempen haji
#kenyataan palsu
#khutbah Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami