Imej ganjil di langit malam New Zealand

Sinar Harian
Jun 21, 2022 01:15 MYT
Lingkaran ganjil yang dapat dilihat di New Zealand pada waktu malam pada Ahad. - Foto Twitter/Alasdair Burns/Sinar Harian
WELLINGTON: Sejumlah penduduk New Zealand berasa terkejut apabila melihat objek ganjil di langit pada malam Ahad lalu.
Imej ganjil itu merupakan lingkaran yang berwarna putih berlaku pada jam 7.28 malam dan ramai penduduk yang tinggal berdekatan South Island telah merakamkan gambar tersebut
Sebahagian rakaman gambar itu disiarkan di akaun Facebook dan Twitter.
Namun, fenomena itu dipercayai adalah akibat daripada buatan manusia.
Ini kerana Persatuan Astronomi New Plymouth berkongsi penjelasan dalam talian mengenai kejadian tersebut.
Ia menyatakan lingkaran itu berkemungkinan besar disebabkan oleh pembuangan bahan api daripada pelancaran roket SpaceX.
Kesan yang sama telah dilihat sebelum ini dan satelit Globalstar 2 FM15 yang dibawa roket Falcon 9 milik SpaceX berkemungkinan telah melepasi New Zealand sekitar masa itu, kata persatuan berkenaaan.
Syarikat SpaceX yang dimiliki bilionair terkaya dunia, Elon Musk telah melancarkan tiga roket Falcon 9 sejak beberapa hari lalu dengan membawa sejumlah 55 satelit ke angkasa lepas. - Sinar Harian
#imej ganjil #langit #lingkaran #South Island