Imej satelit dedah kerosakan kilang Saudi Aramco diserang dron

Astro Awani
September 15, 2019 21:59 MYT
Imej dirakam satelit Sentinel 2 menunjukkan asap tebal di tengah kilang pemprosesan minyak Saudi Aramco di Abqaiq, Arab Saudi, 14 Sept, 2019. Planet Labs Inc/Handout via REUTERS
Imej satelit dikeluarkan pada Ahad mendedahkan kerosakan pada kilang pemprosesan minyak Saudi Aramco setelah diserang oleh dron pada Sabtu lalu.
Imej dirakam satelit Sentinel 2 Suruhanjaya Eropah itu menunjukkan asap tebal di tengah kilang pemprosesan minyak terbesar dunia itu.
Pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Namun, Amerika Syarikat mendakwa Iran adalah dalang serangan.
Serangan itu menyebabkan kebakaran besar dan mengganggu proses penghasilan minyak Arab Saudi.
Arab Saudi berperang dengan pemberontak Houthi sejak 2015.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #dron #Houthi #imej satelit #Iran #kebakaran #kilang #minyak #pemberontak #Saudi Aramco #serangan