awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2023
01:10 MYT
IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Orang ramai beratur di dalam sebuah gereja di Colombo, Sri Lanka bagi mendapatkan makanan ketika negara itu menghadapi krisis kewangan terburuk dalam lebih tujuh dekad. - Foto fail/REUTERS
TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan dana penyelamatan hampir AS$3 bilion untuk Sri Lanka.
Keputusan itu akan membolehkan pengeluaran segera kira-kira AS$333 juta dan akan merangsang sokongan kewangan daripada rakan kongsi lain yang berpotensi membantu Sri Lanka keluar daripada krisis kewangan terburuk dalam lebih tujuh dekad.
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.
Jelasnya, pelaksanaan pantas dan tepat pada masanya bagi program yang disokong dana lanjutan IMF dengan pemilikan kukuh untuk pembaharuan adalah kritikal.
Beliau menekankan keperluan untuk "penggabungan fiskal berasaskan hasil yang bercita-cita tinggi".
Tambahnya, bagi pelarasan fiskal berjaya, pembaharuan institusi fiskal yang berterusan mengenai pentadbiran cukai, pengurusan kewangan dan perbelanjaan awam serta harga tenaga adalah kritikal.
Pejabat Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dalam satu kenyataan berkata, program IMF akan membantu meningkatkan kedudukan negara dalam pasaran modal antarabangsa dan menjadikannya menarik bagi pelabur dan pelancong.
Menurut Wickremesinghe, terdapat tanda-tanda ekonomi bertambah baik, tetapi masih terdapat mata wang asing yang tidak mencukupi untuk semua import, menjadikan perjanjian IMF penting supaya pemiutang lain juga boleh mula mengeluarkan dana.
Topic Berkaitan
#IMF
#dana penyelamatan
#krisis kewangan
#sokongan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan