Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

IMF lulus pembiayaan AS$1 bilion untuk Pakistan

Bernama 10/05/2025 | 05:35 MYT
Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) selama 37 bulan berjumlah AS$7 bilion untuk menyokong ekonomi Pakistan dimuktamadkan oleh IMF pada September 2024. - Foto Reuters
NEW DELHI: Lembaga eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat meluluskan penyaluran dana sebanyak AS$1 bilion kepada Pakistan.


Ringkasan AI
  • Lembaga eksekutif IMF menyelesaikan semakan pertama terhadap program pembaharuan ekonomi Pakistan dan bersetuju menyalurkan dana segera AS$1 bilion.
  • Pakistan menunjukkan pemulihan ekonomi dengan kadar inflasi menurun serta peningkatan ketara dalam rizab luar, hasil daripada dasar monetari ketat oleh Bank Negara Pakistan (SBP).
  • Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menyatakan kepuasan terhadap kelulusan tranche pinjaman ini yang merupakan sebahagian daripada Kemudahan Dana Lanjutan AS$7 bilion.


Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) selama 37 bulan berjumlah AS$7 bilion untuk menyokong ekonomi Pakistan dimuktamadkan oleh IMF pada September 2024.

Menurut kenyataan IMF, lembaga eksekutifnya pada Jumaat menyelesaikan semakan pertama terhadap program pembaharuan ekonomi Pakistan yang disokong menerusi kemudahan itu.

Keputusan itu membolehkan penyaluran segera kira-kira AS$1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah disalurkan di bawah kemudahan berkenaan kepada sekitar AS$2.1 bilion.

"Pakistan telah mencatat kemajuan penting dalam usaha memulihkan kestabilan makroekonomi meskipun berdepan persekitaran yang mencabar.

"Sejak kelulusan Kemudahan Dana Lanjutan, ekonomi terus menunjukkan pemulihan, dengan kadar inflasi menurun dengan ketara dan rizab luar meningkat secara signifikan," kata Timbalan Pengarah Urusan IMF Nigel Clarke.

Beliau berkata dasar monetari ketat oleh Bank Negara Pakistan (SBP) memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar inflasi ke paras terendah dalam sejarah.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyatakan rasa puas hati atas kelulusan tranche pinjaman itu.

-- BERNAMA




#IMF #lulus pembiayaan #Pakistan #Kemudahan Dana Lanjutan