DUNIA
IMF ramal hutang awam global lebih 100 peratus KDNK menjelang 2029, tertinggi sejak 1948
IMF turut menyatakan terdapat risiko sebanyak 5 peratus yang paras hutang boleh mencecah 123 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang. - Foto: IMF
WASHINGTON: Hutang awam global dijangka melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2029, sekali gus mencapai tahap tertinggi dalam masa hampir 80 tahun, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Hutang awam global dijangka meningkat melebihi 100 peratus daripada KDNK menjelang 2029. Dalam senario ini, hutang awam akan berada pada tahap tertinggi sejak 1948," kata IMF dalam laporan terbaharunya, Fiscal Monitor.
IMF turut menyatakan terdapat risiko sebanyak 5 peratus yang paras hutang boleh mencecah 123 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
Menurut laporan itu, unjuran ini semakin memburuk sejak pandemik. IMF turut memberi amaran mengenai taburan risiko yang luas, yang boleh mempercepat lagi kadar pengumpulan hutang.
Melangkaui masa kini, risiko fiskal semakin membesar. Dinamik hutang awam berubah secara drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan sahaja saiz hutang, tetapi juga kosnya, menurut IMF.
IMF menjelaskan yang hutang awam kini berada pada paras tinggi dan terus meningkat, sementara perbelanjaan pertahanan yang bertambah, penuaan populasi dan kadar faedah yang lebih tinggi memberi tekanan tambahan terhadap kewangan awam.
Bagi Amerika Syarikat, IMF meramalkan hutang kasar kerajaan akan mencecah 140.1 peratus daripada KDNK pada 2029 dan meningkat lagi kepada 143.4 peratus pada 2030.
IMF turut menjangka hutang AS akan berada pada paras 125 peratus pada tahun 2025 dan akan terus meningkat dalam tahun mendatang.
Sehingga pertengahan Oktober, hutang awam AS melebihi AS$37 trilion, menurut laporan media.
Bagi Rusia, hutang kasar kerajaan dijangka melebihi 32 peratus daripada KDNK dalam tempoh lima tahun akan datang.
IMF menjangka hutang Rusia akan mencapai 23.1 peratus daripada KDNK pada 2025, hampir 3 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan paras ini dijangka meningkat secara beransur-ansur sehingga 32.8 peratus pada 2030.
-- BERNAMA