awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak

Bernama
Bernama
09/01/2025
21:45 MYT
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Yuldi (dua, kanan) dan Saffar (dua, kiri) ketika sidang media berhubung penahanan seorang buruan warga AS, di Jakarta, 9 Jan 2025. - Foto Facebook / Ditjen Imigrasi
JAKARTA: Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak, lapor agensi berita ANTARA.
Pengarah Penyeliaan dan Penguatkuasaan Imigresen, Komisioner Kanan Yuldi Yusman, memaklumkan bahawa tangkapan itu dilakukan di Pejabat Imigresen Kelas I Non-TPI Tangerang ketika TJC sedang memohon lanjutan permit lawatan.
"Berdasarkan rondaan siber yang dijalankan oleh pasukan penyiasat, lokasi TJC dikenal pasti melalui sistem lanjutan permit kediaman dalam talian. Pasukan bersama segera menahan beliau," kata Yuldi dalam sidang media pada Khamis.
Beliau menjelaskan bahawa penahanan dilakukan pada 30 Dis 2024, selepas siasatan menyeluruh oleh Pasukan Penyiasat Direktorat Jeneral Imigresen dan koordinasi intensif dengan Kedutaan Besar AS.
TJC menghadapi pelbagai tuduhan serius, termasuk eksploitasi seksual dan cubaan eksploitasi seksual kanak-kanak, melanggar Artikel 18 Kod AS (USC), Seksyen 2251 (a) dan 2251 (e), yang melibatkan penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Beliau juga didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak, melanggar Artikel 18 USC, Seksyen 2252A (a)(5)(B) dan 2252A (b)(2), yang melibatkan penyimpanan atau pemilikan imej eksplisit kanak-kanak untuk tujuan pengedaran atau penggunaan peribadi.
Yuldi memaklumkan bahawa TJC memasuki wilayah Indonesia pada 4 Dis 2024.
Pada 18 Dis 2024, pihak Imigresen menerima maklumat daripada Kedutaan Besar AS mengenai pembatalan pasport TJC, yang menyebabkan statusnya tidak sah.
Yuldi menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperketat pengawasan terhadap warga asing di Indonesia, terutamanya mereka yang disyaki terlibat dalam jenayah antarabangsa.
Dalam kesempatan sama, Pemangku Ketua Pengarah Imigresen, Saffar Muhammad Godam, menyatakan bahawa TJC telah dipindahkan ke bilik tahanan Imigresen untuk pemeriksaan lanjut.
Pihak Imigresen juga sedang berkoordinasi dengan Kedutaan Besar AS mengenai langkah seterusnya dalam proses perundangan.
Menurut Godam langkah ini merupakan manifestasi komitmen pihak Imigresen untuk menegakkan integriti undang-undang dan melindungi Indonesia daripada pelaku jenayah antarabangsa.
"Kerjasama rapat dengan pelbagai pihak, termasuk Kedutaan Besar AS, telah menyokong proses ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Indonesia
#eksploitasi kanak-kanak
#TJC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan