awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Thailand tahan seorang lagi warga asing guna pasport palsu Malaysia

Bernama
Bernama
25/05/2016
13:58 MYT
Imigresen Thailand tahan seorang lagi warga asing guna pasport palsu Malaysia
Pemeriksaan oleh pegawai Imigresen mendapati pasport itu milik seorang wanita rakyat Malaysia dan disenaraikan di bawah pemberitahuan mengenai kehilangan pasport. - Gambar hiasan
Seorang warga China yang ditahan Polis Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok mengakui membayar AS$6,000 untuk membeli pasport palsu Malaysia melalui internet.
Komander Divisyen 2 Polis Imigresen Mejar Jeneral Thatchai Pitanaeelaboot berkata, lelaki itu, Wang Jianghua ditahan pada 6.55 pagi (waktu tempatan) hari ini semasa pemeriksaan Imigresen sebelum menaiki penerbangan ke Tokyo.
"Pegawai Imigresen mendapati sesuatu yang mencurigakan pada halaman butiran peribadi pasportnya lalu menjalankan pemeriksaan lanjut dan mendapati pasport itu menunjukkan butiran peribadi seorang wanita rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setelah siasatan lanjut, katanya, Wang mengaku dia adalah seorang warga China dan memasuki Thailand pada tahun 2013 melalui sempadan Maesai di wilayah Chiangrai, bahagian utara negara ini dan dia tidak mempunyai pasport sendiri.
Thatchai berkata, semasa soal siasat, warga Cina itu mengaku kepada pegawai Imigresen dia membeli pasport palsu Malaysia melalui internet pada harga AS$6,000.
Pemeriksaan oleh pegawai Imigresen mendapati pasport itu milik seorang wanita rakyat Malaysia dan disenaraikan di bawah pemberitahuan mengenai kehilangan pasport.
Ini merupakan kejadian kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang melibatkan penangkapan warga asing cuba untuk meninggalkan Thailand dengan menggunakan pasport palsu Malaysia.
Pada 14 Mei, pegawai Imigresen Thai di Lapangan Terbang Chiangmai menahan seorang lelaki warga Sri Lanka berumur 22 tahun dengan pasport palsu Malaysia sebelum dia menaiki penerbangan ke Hong Kong dan Zurich kemudiannya.
Siasatan lanjut menunjukkan pasport palsu yang dipegang oleh lelaki Sri Lanka itu milik seorang wanita warga Malaysia.
Polis Imigresen Thailand juga berkata, ia akan menjalankan siasatan mendalam untuk menentukan sama ada kes itu melibatkan sindiket pemalsuan pasport.
Topic Berkaitan
#imigresen Thailand
#Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi
#pasport Malaysia
#pasport palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan