DUNIA
Imran Khan angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Pakistan pada Sabtu

Imran Khan dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu selepas memperoleh 176 undian pada pilihan raya lalu. - Gambar fail
Pemimpin Tehreek-e-Insaf, Imran Khan dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu, selepas memperoleh 176 undian, menewaskan pencabarnya Shehbaz Sharif dari Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang sekadar mendapat 96 undi.
Beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pagi Sabtu, lapor akhbar Associated Press of Pakistan (APP).
Parti Rakyat Pakistan dan Jamat-e-Islami bagaimanapun tidak mengundi pada pemilihan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami