India berjaya uji peluru berpandu nuklear generasi baharu

Bernama
Jun 28, 2021 13:01 MYT
Peluru berpandu yang dikenali "Agni P" itu dilancarkan dari pulau Dr Abdul Kalam pada 10.55 pagi (5.25 GMT), di luar Teluk Bengal. - Gambar/ Twitter @bernamadotcom
NEW DELHI: Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan Pertahanan India berjaya menguji peluru berpandu nuklear balistik generasi baharu pada Isnin, memetik sumber kerajaan lapor Sputnik.
Peluru berpandu yang dikenali "Agni P" itu dilancarkan dari pulau Dr Abdul Kalam pada 10.55 pagi (5.25 GMT), di luar Teluk Bengal.
Peluru berpandu itu dilengkapi sistem canggih yang mampu mencapai jarak sehingga 1,000-2,000 kilometer.
Peluru berpandu itu dikatakan mampu mengenai sasaran pada ketepatan yang tinggi.
#India #peluru berpandu #generasi baharu #peluru berpandu nuklear #balistik #teluk bengal #Agni P