NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 39,799,202 pada Selasa, apabila 255,874 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan India.
Angka di bawah paras 300,000 buat pertama kali dilaporkan selepas lima hari berturut-turut, kata Xinhua.
Selain itu, 614 kematian akibat virus itu dilaporkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 490,462.
Di seluruh negara, 2,236,842 kes aktif COVID-19 dilaporkan, turun sebanyak 12,493 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia kali pertama selepas 27 hari berturut-turut jumlah kes aktif sehari menurun di negara itu.
Sejumlah 37,071,898 orang sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 267,753 telah dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Angka di bawah paras 300,000 buat pertama kali dilaporkan selepas lima hari berturut-turut. - Gambar fail

Kebajikan | Teratak baharu, sinar buat keluarga Ku Hamzah
Tular di media sosial kisah adik Ku Arman Taqif Ku Hamzah, pelajar darjah empat Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Bahar yang mendiami sebuah rumah usang hampir menyembah bumi. Ku Arman tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu bersama ibu bapanya dan tiga beradik lain dengan salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU). Rumah pusaka didiami enam beranak ini ibarat bangsal tidak lagi sesuai didiami bahkan dinding dan zinknya berlubang dimamah usia.

Antipersaingan | Siasatan MyCC industri ayam dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir jun ini. MyCC juga telah memulakan siasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.

Haji | Penerbangan pertama jemaah tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Ia berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan rukan islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Isu Kadar Tambang | Grab Malaysia beri penjelasan, akui tidak cukup pemandu
Grab Malaysia berkata, pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

10 Berita Pilihan - (24 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mangsa Hilang | Mayat lelaki OKU hilang ditemui reput
Kehilangan seorang lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak 12 hari lalu terungkai selepas ditemui meninggal dunia di kawasan belukar berhampiran Kampung Tanjung Aur, Telemong. Mayat mangsa Abdul Hadi Ismail, 37 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa.

Jual Tiket ke Korea | Polis tahan dua individu terlibat sindiket
Polis Johor mengesahkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam sindiket penjualan tiket ke Korea sejak awal tahun ini. Ia selepas lima laporan polis dibuat lima individu warganegara Korea. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kerugian dianggarkan mencecah hampir RM60,000.

Amang Seksual | Pegawai penjara dipenjara 20 tahun dan enam sebatan
Seorang pegawai penjara dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak rakannya Januari tahun lalu. Hukuman dijatuhkan hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ke atas tertuduh, Marino Majabin, 46 tahun di Mahkamah Sesyen Tawau pada Selasa.

Pendatang Asing | 38 PATI ditahan ketika berjalan di ladang getah
Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika masuk ke negara ini melalui laluan tikus di sempadan Malaysia/Thailand pada Selasa. Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua (2 Divisyen) Infantri Malaysia, kesemua PATI terbabit ditahan pada jam 5.45 petang ketika menggunakan kawasan ladang getah.

Cacar Monyet | KKM belum terima notifikasi kes kanak-kanak tular
Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti yang tular di media sosial. Bagaimanapun, KKM menasihatkan waris kanak-kanak berkenaan membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.

Strok haba di India: Burung 'jatuh' ke tanah akibat keletihan
India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.

India minat jadikan Malaysia sebagai destinasi majlis perkahwinan
Penganjur majlis perkahwinan dari luar negara dapat melihat keunikan yang ada di negara ini.

Industri pelancongan Malaysia tingkat usaha promosi di India
Kempen promosi pelancongan Malaysia di India mendapat sambutan berikutan peningkatan dalam penerbangan.

India sekat eksport gandum, pemain industri jamin bekalan mencukupi di Malaysia
Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

Gelombang haba India: Delhi rekod suhu tertinggi cecah 49 darjah Celsius
Fenomena ini berlaku susulan gelombang haba yang disebabkan oleh perubahan iklim di sebahagian besar wilayah utara dan tengah India.

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara

India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta
Larangan eksport memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.

Pengimport minyak India jangka gangguan bekalan 'membimbangkan' jika larangan Indonesia berterusan
Masalah menjadi lebih serius bagi India, berikutan perang Ukraine-Rusia yang mengganggu bekalan minyak bunga matahari.

'Beri kami cucu atau bayar ganti rugi AS$650,000'... Ibu bapa heret anak, menantu ke mahkamah
Pasangan itu mendakwa sudah menghabiskan banyak wang simpanan mereka sewaktu melangsungkan perkahwinan anak lelaki mereka.