awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962

Bernama
Bernama
15/01/2022
08:33 MYT
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.
Ia merupakan hari ketiga berturut-turut lebih 200,000 kes harian dilaporkan, menurut Agensi Berita Xinhua.
Selain itu, sebanyak 402 kematian akibat pandemik itu dicatat sejak pagi Jumaat menjadikan angka kematian 485,752.
Masih terdapat 1,417,820 kes aktif COVID-19 di negara itu dengan peningkatan sebanyak 145,747 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ini adalah hari ke-18 berturut-turut jumlah kes aktif meningkat.
Sejumlah 34,947,390 pesakit sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, manakala 122,684 dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sementara itu, jumlah jangkitan Omicron negara mencecah 6,041, dengan peningkatan sebanyak 5.01 peratus sejak Jumaat.
Kebanyakan kes Omicron dilaporkan dari negeri Maharashtra, Rajasthan dan Delhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#COVID-19
#kes baharu
#varian omicron
#Maharashtra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan