[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

India catat lebih 49,000 kes baharu positif COVID-19

Agensi 24/07/2020 | 11:59 MYT
Jumlah kes baharu itu adalah yang tertinggi setakat ini. - Gambar fail/REUTERS
India merekodkan lebih 49,000 kes baharu positif COVID-19 dengan 740 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Kementerian Kesihatannya, jumlah kes baharu itu adalah jumlah kes harian tertinggi setakat ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu kini melebihi 1.2 juta kes dengan kes keseluruhan kematian adalah 29,861.
Peningkatan mendadak ini turut membimbangkan kementerian itu apabila bekalan ubat remdesivir dikhuatiri tidak mencukupi.
Ubat tersebut sebelum ini dilaporkan berkesan untuk merawat pesakit COVID-19.
#COVID-19 #India #Kementerian Kesihatan #kes positif #Remdesivir