awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dan Denmark ikrar tangani perubahan iklim

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
22:16 MYT
India dan Denmark ikrar tangani perubahan iklim
Narendra Modi (kanan) dan Mette Frederiksen berbual sebelum menghadiri mesyuarat peringkat delegasi di New Delhi, India, 9 Okt, 2021. (Foto AP)
INDIA dan Denmark pada Sabtu memperkukuhkan kerjasama bilateral mereka dalam menangani isu perubahan iklim global.
Kerjasama itu diterjemahkan menerusi satu perjanjian antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan iaitu Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakan sejawatnya dari Denmark, Mette Frederiksen.
Perjanjian tersebut memfokuskan pada pengurusan Akuifer dan sumber air bawah tanah untuk penduduk India berjumlah 1.4 bilion orang, serta mendirikan pusat mempromosi penggunaan penyejuk semula jadi di iklim tropika.
Perjanjian itu dimeterai menjelang persidangan perubahan iklim di Glasgow (COP26) pada hujung bulan ini.
Kerjasama antara kedua-dua negara dalam pembaharuan tenaga hijau bukan perkara baharu.
Ia malah telah bermula sejak tahun lepas lagi dengan 'kerjasama strategik hijau' antara Denmark dan India yang membangunkan peluncur angin pesisir serta tenaga boleh diperbaharui.
Kunjungan tiga hari Perdana Menteri Denmark itu juga menandakan ketua negara pertama yang mengunjungi New Delhi sejak wabak COVID-19 melanda negara itu.
Topic Berkaitan
#perubahan iklim
#India
#Denmark
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan