awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, Kanada lantik Pesuruhjaya Tinggi baharu tanda hubungan pulih

Bernama
Bernama
29/08/2025
03:40 MYT
India, Kanada lantik Pesuruhjaya Tinggi baharu tanda hubungan pulih
India dan Kanada pada Khamis melantik Pesuruhjaya Tinggi baharu masing-masing, sebagai tanda hubungan kedua-dua negara semakin pulih selepas 10 bulan saling mengusir ketua perwakilan diplomatik dan beberapa diplomat lain.
NEW DELHI: India dan Kanada pada Khamis melantik Pesuruhjaya Tinggi baharu masing-masing, sebagai tanda hubungan kedua-dua negara semakin pulih selepas 10 bulan saling mengusir ketua perwakilan diplomatik dan beberapa diplomat lain.
Menteri Luar Kanada, Anita Anand berkata, diplomat kanan Christopher Cooter akan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke India, manakala Kementerian Hal Ehwal Luar India mengumumkan Dinesh K. Patnaik, Duta India ke Sepanyol pada masa ini, akan menjadi ketua perwakilan diplomatik baharu ke Kanada.
Pertikaian diplomatik tercetus antara Ottawa dan New Delhi pada 2023 selepas perdana menteri ketika itu Justin Trudeau menuduh ejen kerajaan India terlibat dalam pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, seorang penyokong gerakan pemisah Khalistan berusia 45 tahun.
Aktivis Sikh itu yang diisytiharkan sebagai pengganas oleh India, ditembak mati oleh dua penyerang pada Jun tahun berkenaan di wilayah British Columbia.
India menyifatkan dakwaan penglibatannya dalam pembunuhan itu sebagai "tidak masuk akal."
Ketegangan meningkat sehingga membawa kepada pengusiran diplomat pada Oktober tahun lalu.
Pengumuman mengenai pelantikan Pesuruhjaya Tinggi baharu dibuat susulan komitmen yang dicapai Perdana Menteri, Mark Carney dan Narendra Modi di Sidang Kemuncak G7 pada Jun tahun ini, menurut Menteri Luar Kanada.
"Pelantikan ini adalah langkah penting ke arah memulihkan perkhidmatan diplomatik yang diperlukan untuk rakyat dan perniagaan di kedua-dua negara," beliau dilaporkan berkata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India-Kanada
#Pesuruhjaya Tinggi
#ketua perwakilan diplomatik
#pembunuhan Hardeep Singh Nijjar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan