[TERKINI] Lagi Kes Serangan Seksual di Sekolah: 4 Pelajar Ditahan di Baling – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

India lapor 234,281 kes baharu COVID-19

Bernama 30/01/2022 | 15:26 MYT
Terdapat 1,884,937 kes aktif di negara ini, dengan penurunan sebanyak 119,396 kes dalam tempoh itu. - Reuters
NEW DELHI: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di India meningkat kepada 41,092,522 pada Ahad, dengan 234,281 kes baharu dicatatkan, menurut data terkini kementerian kesihatan negara itu.

Sebanyak 893 kematian direkodkan sejak Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 494,091, menurut Xinhua.

Terdapat 1,884,937 kes aktif di negara ini, dengan penurunan sebanyak 119,396 kes dalam tempoh itu.

Jumlah kes aktif mencatatkan penurunan bagi tempoh enam hari berturut-turut.

Sebanyak 38,713,494 orang telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 352,784 kes sembuh sejak 24 jam lalu.

-- BERNAMA
#India #COVID-19 #kes baharu #lonjakan kes