23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
DUNIA

India mula beri penekanan guna aplikasi buatan tempatan sebagai alternatif

Amanz 04/10/2025 | 03:30 MYT
Menteri-menteri di India mula menggalakkan penggunaan perisian tempatan, termasuk Zoho sebagai alternatif kepada produk Microsoft, MapMyIndia alternatif kepada Google Maps dan Arattai alternatif untuk WhatsApp. - Foto Amanz
INDIA kini dilihat telah mula memberi penekanan terhadap aplikasi-aplikasi tempatan sebagai alternatif kepada aplikasi barat – sekali gus merancakkan lagi pembangunan ekosistem dan perisian tempatan.

Langkah ini juga dilihat diambil lanjutan daripada tarif 50% yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap India.

Di bawah peralihan ini, menteri-menteri di India telah mula mengalakkan penggunaan perisian tempatan.

Antara yang dipromosikan termasuk Zoho sebagai alternatif kepada produk Microsoft, dan juga MapMyIndia sebagai alternatif kepada Google Maps.

Di samping itu, aplikasi Arattai turut dipromosikan untuk permesejan, sebagai alternatif untuk WhatsApp.

Walau bagaimanapun, firma-firma di India menghadapi cabaran tersendiri, terutamanya dari segi pendanaan untuk terus memperkembangkan produk mereka berbanding dengan produk dan aplikasi barat yang mempunyai pelabur yang menyokongnya.



#India #aplikasi buatan tempatan #tarif AS #aplikasi barat