awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India mungkin kurangkan cukai import minyak sawit - Laporan media

Bernama
Bernama
08/09/2021
03:46 MYT
India mungkin kurangkan cukai import minyak sawit - Laporan media
Minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia merupakan penyumbang besar dari segi sumber import minyak masak India. - Gambar hiasan
NEW DELHI: India berkemungkinan besar menurunkan cukai import minyak sawit dalam usaha menstabilkan harga minyak masak pengguna di peringkat tempatan, lapor media negara itu.
Dalam laporan yang disiarkan di laman sesawangnya, Economic Times berkata kerajaan sedang mempertimbang untuk menurunkan duti semasa minyak sawit mentah (MSM), minyak kacang soya dan minyak bunga matahari kepada 24.75 peratus daripada 30.25 peratus pada masa ini.
"Ini merupakan langkah untuk menangani kadar inflasi makanan dan antara kaedah untuk memastikan harga kekal terkawal ketika musim perayaan," kata media itu memetik sumber rasmi yang enggan dikenali.
Inflasi pengguna India dijangka meningkat berikutan kenaikan kos bahan api pengangkutan serta harga minyak masak.
Pada Jun lepas, kerajaan bertindak menurunkan cukai import MSM kepada 10 peratus daripada 15 peratus bagi tempoh tiga bulan, mengurangkan duti berkaitan termasuk levi pertanian dan kebajikan sosial kepada 30.25 peratus daripada 35.75 peratus.
Malah, pada bulan sama, kerajaan turut bertindak membenarkan import minyak sawit bertapis yang berkuat kuasa sehingga akhir Disember ini.
Minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia merupakan penyumbang besar dari segi sumber import minyak masak India.
India mengimport sejumlah 13.35 juta tan minyak makan dengan 12.47 juta tan dihasilkan di peringkat domestik pada tahun fiskal 2020-21, demikian menurut Kementerian Pertanian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai import minyak sawit
#India
#Economic Times
#minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan