DUNIA
India pantau situasi virus Nipah selepas wabak berjaya dikekang
India sentiasa memantau situasi berkenaan dan semua langkah kesihatan awam yang perlu dilaksanakan. - AP
NEW DELHI: India berkata ia sedang memantau situasi virus Nipah selepas berjaya mengawal wabak itu susulan laporan yang Thailand dan Indonesia mula melakukan saringan terhadap penerbangan dari India.
"Kami sentiasa memantau situasi ini dan semua langkah kesihatan awam yang perlu dilaksanakan," menurut Kementerian Kesihatan.
Bagi meredakan kebimbangan mengenai wabak itu, kerajaan berkata terdapat laporan "angka spekulatif dan tidak tepat" mengenai jangkitan virus Nipah yang disiarkan oleh sebahagian media.
"Dalam konteks ini, ingin dijelaskan bahawa berdasarkan laporan yang diterima daripada Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC), hanya dua kes Penyakit Virus Nipah disahkan, dilaporkan di Bengal Barat dari Disember tahun lepas hingga kini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, Kerajaan India dengan kerjasama Kerajaan Negeri Bengal Barat "melaksanakan langkah kesihatan awam yang segera dan menyeluruh selaras dengan protokol yang ditetapkan" selepas dua kes disahkan.
Seramai 196 individu yang mempunyai hubungan dengan kes disahkan telah dikenal pasti dan semua kontak yang dikesan didapati tidak menunjukkan sebarang gejala serta disahkan negatif selepas menjalani ujian, menurut kementerian.
"Pemantauan dipertingkatkan, ujian makmal dan siasatan lapangan dijalankan menerusi usaha bersepadu agensi kesihatan pusat dan negeri, sekali gus memastikan kes itu dapat dikawal dengan segera," katanya.
Beberapa negara Asia, termasuk Nepal, Myanmar dan Vietnam, berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan kes virus Nipah di India.
Jangkitan virus Nipah adalah penyakit zoonotik yang boleh merebak kepada manusia daripada haiwan, dan boleh menular kepada manusia melalui makanan tercemar atau sentuhan langsung antara individu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Virus itu boleh menyebabkan pelbagai tahap penyakit, daripada jangkitan tanpa gejala hingga penyakit pernafasan akut serta ensefalitis, satu jangkitan otak yang serius yang boleh menyebabkan demam, sakit kepala dan kekeliruan.
--BERNAMA