DUNIA
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata pujian itu disampaikan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy di pejabatnya di Parlimen, hari ini. - Foto Facebook R Ramanan
KUALA LUMPUR: India memuji keberanian Malaysia dalam melaksanakan agenda reformasi buruh secara menyeluruh bagi memperkasakan pekerja, memperkukuh kesatuan sekerja serta memastikan hak pekerja yang adil merentasi wilayah dan sektor, termasuk ekonomi gig.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata pujian itu disampaikan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy di pejabatnya di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata Reddy menyifatkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai keberanian untuk mengorak langkah dalam melaksanakan reformasi buruh di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pertemuan hampir sejam turut dimanfaatkan untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan India.
"Kedua-dua pihak menyatakan komitmen serta keinginan untuk memperluas hubungan strategik yang sedia terjalin," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ramanan berkata beliau yakin pertemuan tersebut turut membuka peluang baharu yang lebih luas dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan India, sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- India memuji Malaysia atas keberaniannya melaksanakan reformasi buruh menyeluruh bagi memperkasakan pekerja dan memastikan hak pekerja yang adil.
- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, menyatakan pujian itu diterima semasa kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India, B N Reddy, ke Malaysia.
- Pertemuan antara kedua negara bertujuan memperluas hubungan strategik dan memberi manfaat kepada Malaysia dan India.