India rancang lancar misi solar pertama pada Ogos

Bernama
Ogos 16, 2023 22:45 MYT
Pemandangan bulan yang dilihat dari Chandrayaan-3 ketika misi mengelilingi bulan pada 5 Ogos lalu. - Foto ISRO via REUTERS
NEW DELHI: Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) merancang untuk melancarkan misi solar pertamanya, satelit Aditya-L1 bulan ini, kata penyiar kerajaan All India Radio (AIR) pada Rabu, lapor Xinhua.
"Ia akan menjadi misi India pertama berasaskan angkasa untuk mengkaji matahari. Satelit ini akan membawa tujuh instrumen untuk mengkaji atmosfera solar, ribut magnetik solar dan kesan-kesannya ke atas persekitaran di sekitar Bumi," kata penyiar tersebut.
Kapal angkasa itu akan mengambil masa kira-kira 109 hari bumi selepas dilancarkan untuk mencapai orbit halo di sekitar titik Lagrange 1 (L1) dalam sistem Matahari-Bumi, yang terletak kira-kira 1.5 juta km dari bumi, membolehkannya melihat Matahari secara berterusan tanpa sebarang penutupan atau gerhana.
--BERNAMA-XINHUA
#misi solar #ISRO #satelit Aditya-L1 #mengkaji matahari