DUNIA
India seru kerjasama serantau yang lebih teguh, hubungan maritim yang lebih erat - Jaishankar
Dr S. Jaishankar tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20 pada Isnin. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: India menyeru supaya kerjasama serantau diperkukuh dan hubungan maritim dieratkan bagi menangani cabaran global serta memupuk keamanan dan kemakmuran.
Menteri Hal Ehwal Luar India, Dr S. Jaishankar dalam kenyataannya pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20, di sini, pada Isnin berkata, dunia kini melalui masa yang rumit dengan kebimbangan semakin meningkat terhadap kebolehpercayaan rantaian bekalan dan akses pasaran.
"Kemajuan teknologi kini menjadi semakin kompetitif; begitu juga dengan persaingan mendapatkan sumber semula jadi," katanya.
Salinan kenyataannya turut disiarkan di laman rasmi Kementerian Hal Ehwal Luar India.
Beliau berkata, dunia sedang berubah dengan pantas didorong oleh teknologi, daya saing dan kesalinghubungan, sambil menegaskan bahawa "multipolarity" bukan sahaja kekal, malah akan terus berkembang."
Jaishankar berkata, India mengalu-alukan pelan damai Gaza dan berharap agar konflik di Ukraine dapat ditamatkan dalam masa terdekat.
"Dunia mesti menunjukkan pendirian sifar tolerans; tiada ruang untuk sikap berbelah bahagi. Hak kita untuk mempertahankan diri daripada keganasan tidak boleh dikompromi," katanya.
Beliau turut mengumumkan bahawa tahun 2026 akan dilihat sebagai Tahun Kerjasama Maritim ASEAN-India dan mencadangkan penganjuran Festival Warisan Maritim EAS di Lothal, Gujarat, bersama Sidang EAS Ketujuh mengenai Kerjasama Keselamatan Maritim.
Mengenai Myanmar, Jaishankar berkata, India merupakan "penggerak balas pertama" kepada gempa bumi pada Mac lepas dan terus membuat kemajuan dalam Projek Lebuhraya Tiga Pihak India - Myanmar -Thailand.
"India menghargai sumbangan EAS terhadap keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kami berharap sidang kemuncak ini menghasilkan keputusan yang positif," katanya.
-- BERNAMA