[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
DUNIA

India tahan lebih 80 individu didakwa bersimpati dengan Pakistan

Astro Awani 02/06/2025 | 06:10 MYT
Ketegangan ini berlaku selepas serangan di Kashmir yang mengorbankan 26 mangsa, diikuti rundingan diplomatik yang membawa kepada gencatan senjata pada 10 Mei. -Gambar fail/AP
GUWAHATI: Polis India dilapor menahan 81 individu di negeri Assam kerana didakwa bersimpati dengan Pakistan, hanya sebulan selepas konflik terburuk di antara kedua-dua negara dalam beberapa dekad.


Ringkasan AI
  • Polis India menahan 81 individu di Assam atas dakwaan bersimpati dengan Pakistan melalui hantaran media sosial yang dianggap antinasional, susulan konflik berdarah antara India dan Pakistan pada April lalu.
  • Penahanan termasuk kes memuat naik bendera Pakistan dan dakwaan pengintipan, dengan pihak berkuasa memperhebat pemantauan terhadap pendatang asing tanpa izin serta aktiviti berkaitan keselamatan negara.
  • Ketegangan ini berlaku selepas serangan di Kashmir yang mengorbankan 26 mangsa, diikuti rundingan diplomatik yang membawa kepada gencatan senjata pada 10 Mei, dan penghantaran pulang puluhan warga asing, termasuk sekurang-kurangnya 49 warga Bangladesh.


Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa individu-individu berkenaan ditahan atas hantaran media sosial yang dianggap "antinasional", lapor AFP.

Sarma, yang berasal dari parti pemerintah nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menegaskan pihak berkuasa sedang memperhebat pemantauan terhadap aktiviti berkaitan pendatang asing tanpa izin.

Menurut laporan, seorang individu ditahan kerana memuat naik bendera Pakistan di akaun Instagramnya, sementara beberapa yang lain ditahan atas dakwaan pengintipan.

Agensi pencegahan keganasan India turut menahan seorang anggota polis paramiliter atas tuduhan serupa bulan lalu.

Penahanan ini berlaku selepas konflik empat hari di antara India dan Pakistan yang tercetus akibat serangan ke atas pelancong di Kashmir pada 22 April yang mengorbankan 26 mangsa.

India menyalahkan kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan atas serangan tersebut, namun Islamabad menafikan tuduhan itu.

Gencatan senjata akhirnya dicapai pada 10 Mei selepas rundingan diplomatik.

Pihak berkuasa India juga dilapor telah menghantar pulang puluhan individu yang dipercayai warga Bangladesh sepanjang bulan lalu, dengan sekurang-kurangnya 49 individu telah dihantar pulang di antara 27 dan 29 Mei.






#India #Pakistan #Narendra Modi #bersimpati dengan Pakistan