awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India tarik balik larangan ke atas media sosial di Kashmir

Bernama
Bernama
05/03/2020
05:48 MYT
India tarik balik larangan ke atas media sosial di Kashmir
Wartawan Kashmir menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet di sebuah pusat media yang ditubuhkan pihak berkuasa di Srinagar, Kashmir, 30 Jan, 2020. (Foto AP/Fail)
Selepas tujuh bulan, kerajaan India pada Rabu menarik balik larangan ke atas media sosial di Jammu dan Kashmir, lapor agensi berita Anadolu.
Bagaimanapun, sekatan Internet berkelajuan tinggi masih dikuat kuasa sehingga 17 Mac.
Menurut kerajaan, langkah berkenaan diambil selepas menilai keadaan keselamatan di negara yang majoritinya dihuni masyarakat beragama Islam itu.
"Orang ramai kini dibenarkan menggunakan perkhidmatan Internet tanpa had dengan kelajuan 2G, bagaimanapun ia hanya terpakai kepada pelanggan pasca bayar."
Berikutan larangan itu, ramai penduduk Kashmir menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) dan melindungi maklumat lokasi ketika melayari media sosial.
BACA: 40 terkorban dalam keganasan Hindu-Muslim di India
Selain itu, pihak kerajaan juga akan terus mengendalikan kios Internet terpilih.
Perkhidmatan Internet digantung di seluruh Jammu dan Kashmir pada 5 Ogos tahun lalu, sebagai sebahagian usaha mengekang protes yang tercetus di wilayah yang menjadi pertikaian antara India dan Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Internet
#Islam
#Jammu
#Kashmir
#keselamatan
#larangan
#maklumat
#media sosial
#Pakistan
#rangkaian peribadi maya
#sekatan
#VPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan