DUNIA
India teliti tindakan tarif Trump yang dikaitkan dengan BRICS dan defisit perdagangan AS
Menurut Kementerian Perdagangan India, negara itu dan AS sedang menjalankan rundingan bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan dua hala yang adil, seimbang dan saling menguntungkan sejak beberapa bulan lalu.
NEW DELHI: India sedang meneliti keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan India, setelah pemimpin AS itu mengaitkan tindakan itu dengan keanggotaan India dalam kumpulan BRICS serta ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara.
Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kerajaan mengambil maklum pengumuman Trump dan sedang mengkaji kesannya.
"India dan AS sedang menjalankan rundingan bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan dua hala yang adil, seimbang dan saling menguntungkan sejak beberapa bulan lalu.
"Kami tetap komited terhadap matlamat berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kerajaan turut menegaskan bahawa keutamaan tertinggi diberikan dalam melindungi dan memajukan kebajikan para petani, usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).
Trump sebelum ini menyatakan bahawa AS "melakukan sedikit sahaja urus niaga" dengan India kerana tarif yang dikenakan negara itu terlalu tinggi, antara yang tertinggi di dunia serta adanya halangan perdagangan bukan monetari yang "terlalu ketat dan menjengkelkan".
Beberapa jam selepas mengumumkan tarif 25 peratus ke atas barangan India, termasuk penalti tidak dinyatakan terhadap pembelian minyak dan peralatan ketenteraan dari Rusia, Trump berkata langkah itu adalah disebabkan BRICS dan sebahagiannya berkaitan isu perdagangan.
Trump menggambarkan BRICS, iaitu gabungan 11 ekonomi sedang pesat membangun termasuk China, Rusia dan Brazil sebagai "anti-AS" dan "serangan ke atas dolar AS."
Kumpulan itu kini sedang membangunkan platform pembayaran bebas serta menggalakkan perdagangan menggunakan mata wang negara masing-masing.
Trump turut mendakwa bahawa India bersedia mengurangkan tarif ke atas barangan AS "dalam jumlah yang sangat besar."
"Kami sedang berbincang dengan India. Kita akan lihat apa yang berlaku.
"Sama ada perjanjian dapat dicapai atau tarif dikenakan, itu tidak begitu penting. Tapi anda akan tahu keputusannya hujung minggu ini," katanya.
-- BERNAMA