DUNIA
India terima pengecualian sekatan AS selama enam bulan untuk pelabuhan Chabahar
India telah diberikan pengecualian selama enam bulan daripada sekatan Amerika yang dikenakan ke atas Chabahar.
NEW DELHI: India telah menerima pengecualian selama enam bulan daripada sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelabuhan Chabahar di Iran.
"Saya boleh mengesahkan bahawa kami telah diberikan pengecualian selama enam bulan daripada sekatan Amerika yang dikenakan ke atas Chabahar," kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India, Randhir Jaiswal, pada sidang media di New Delhi pada Khamis.
India telah membuat pelaburan kewangan besar di pelabuhan Chabahar yang terletak di pesisir tenggara Iran di sepanjang Teluk Oman.
Pada Mei tahun lepas, India Ports Global Limited (IPGL) menandatangani kontrak selama 10 tahun dengan Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran untuk mengendalikan Terminal Shahid Beheshti di pelabuhan berkenaan.
Dengan pentadbiran Donald Trump memperketat sekatan ekonomi terhadap Iran, AS baru-baru ini mengumumkan akan menamatkan kebenaran khas yang sebelum ini diberikan kepada India untuk menjalankan urusan perdagangan di Chabahar.
Pelabuhan Chabahar merupakan saluran utama India untuk mengakses Afghanistan bagi tujuan perdagangan tanpa melalui laluan darat Pakistan, selain memperkukuh rangkaian pengangkutan dengan rantau Asia Tengah.
-- BERNAMA