awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh

Bernama
Bernama
17/11/2024
09:18 MYT
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
Peluru berpandu hipersonik itu direka untuk menyerang sasaran pada jarak lebih 1,500 kilometer (km).
NEW DELHI: India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Ujian itu dijalankan oleh Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) pada Sabtu di luar pantai negeri Odisha, kata Menteri Pertahanan Rajnath Singh pada Ahad.
Peluru berpandu hipersonik itu direka untuk menyerang sasaran pada jarak lebih 1,500 kilometer (km), lapor media India.
India telah membangunkan pelbagai jenis peluru berpandu untuk meningkatkan kesiapsiagaan tenteranya terhadap saingan Pakistan dan China.
Tumpuan negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini beralih kepada memperkukuh keupayaan pembuatan ketenteraan domestik. DRDO baru-baru ini telah melancarkan ujian peluru berpandu jelajah serangan darat jarak jauh pertamanya dari Chandipur di Odisha.
Sejak 1990-an, India telah meluaskan rangkaian peluru berpandu balistiknya dengan ketara, termasuk Agni-5 yang berkeupayaan nuklear dan terbang sejauh 5,000 km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#peluru berpandu
#peluru berpandu hipersonik
#DRDO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan