Individu paling kaya di dunia, Jeff Bezos lengkapkan misi angkasa lepas

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Julai 20, 2021 13:27 MYT
Penerbangan berkenaan menyaksikan Bezos berada di angkasa lepas selama 10 minit 20 saat. - Gambar/ Reuters
INDIVIDU paling kaya di dunia, Jeff Bezos berjaya berlepas ke angkasa menggunakan kapsul pesawat Blue Origin New Shepard dari pangkalan angkasa lepas di Texas, pada Selasa.
Penerbangan berkenaan menyaksikan Bezos, 57, dan tiga kru berada di angkasa lepas selama kira-kira 10 minit 20 saat, sebelum kembali ke atmosfera bumi.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk merangsang era baharu pelancongan angkasa lepas.
BACA: Richard Branson berlepas ke angkasa
BACA: Richard Branson lengkapkan misi angkasa lepas
Pada 11 Julai lalu, hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.
Beliau bersama lima anggota pasukannya berada di angkasa lepas buat beberapa ketika, sebelum meluncur turun ke atmosfera bumi.
Branson mencipta sejarah apabila menjadi hartawan pertama di dunia yang menerokai angkasa lepas.
#Jeff Bezos #Individu paling kaya di dunia #Angkasa #pelancongan angkasa #Richard Branson