JAKARTA: Indonesia yang menjadi presiden Kumpulan 20 (G20) bersedia melakukan apa sahaja yang termampu demi memastikan Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia berjaya, kata Menteri Luar Retno Marsudi.
Sebagai tuan rumah, Indonesia berperanan mengelola dinamik global semasa yang luar biasa dan memastikan forum kerjasama 20 ekonomi utama dunia kekal di landasan untuk mencapai objektif.
Bagaimanapun, beliau mengakui "presiden G20 tahun ini mungkin presiden yang paling sukar memandangkan dunia sedang menghadapi berbilang krisis."
Dalam sidang media mingguan, Retno berkata pandemik Covid-19 dan perang di Ukraine belum berakhir, ketegangan geopolitik meningkat serta berlaku krisis makanan, tenaga dan kewangan.
"Dalam situasi normal, rundingan di G20 tidak pernah mudah, apatah lagi dalam situasi sekarang... Jadi anda boleh bayangkan tahap kesukaran.
Justeru, Indonesia akan terus menggesa negara anggota menunjukkan tanggungjawab mereka kepada dunia kerana G20 masih mampu memberi respon terhadap krisis global.
"Pertaruhan ini terlalu tinggi dan sekiranya G20 gagal, ia akan menjejaskan nasib dan kesejahteraan rakyat dunia khususnya di negara membangun," kata Retno.
Meskipun perbezaan dan persaingan dalam hubungan antara negara sukar dielak, negara G20 perlu mempunyai "kebijaksanaan" dan tanggungjawab untuk membangun kerjasama utuh yang bermanfaat, katanya.
Mengenai pengesahan kehadiran pemimpin, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang respon negatif daripada negara anggota dan negara-negara yang dijemput.
"Perwakilan mereka di Indonesia kini sedang giat membuat persiapan menyambut kehadiran pemimpin mereka," kata Retno.
Sebelum ini dilaporkan beberapa negara mahu Russia dikecualikan daripada sidang kemuncak susulan konflik negara itu dengan Ukraine.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata persiapan menjelang sidang kemuncak di Bali pada 15-16 November berjalan lancar dengan 187 mesyuarat rasmi atau 95 peratus telah dilaksanakan sehingga kini.
G20 yang dditubuhkan pada 1999 berfungsi untuk menangani isu ekonomi global termasuk kestabilan kewangan antarabangsa, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan mampan.
Negara anggota adalah Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Argentina, Australia, Brazil, Britain, China, India, Indonesia, Itali, Japan, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Mexico, Perancis, Rusia, Turki dan Kesatuan Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Retno mengakui "presiden G20 tahun ini mungkin presiden yang paling sukar memandangkan dunia sedang menghadapi berbilang krisis." - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Global kini perhatikan Malaysia, sikap terbuka tapi tegas jadi tarikan - PM Anwar
Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, hasil daripada pendirian diplomatik dan dasar perdagangan yang inklusif serta tegas.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Presiden Paraguay dimasukkan ke hospital, sakit dada semasa Sidang Kemuncak G20
Santiago Pena dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami sakit dada.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
Perang di Ukraine yang dijangka meningkat jadi tumpuan G20 esok
Keputusan AS benarkan Ukraine lancar peluru berpandunya ke Rusia akan menjadi tumpuan dalam agenda Sidang Kemuncak G20 esok.
PM Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, hadiri Sidang Kemuncak G20
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro di Brazil pada pukul 10.24 malam 16 Nov waktu tempatan.
Dunia menanti tindakan tegas pemimpin G20 terhadap perubahan iklim
Simon Stiell berharap pemimpin-pemimpin G20 yang akan berkumpul di Rio de Janeiro dapat melakukan tindakan iklim yang lebih berani untuk kelangsungan ekonomi.
Tiada konflik kepentingan wujud antara China, Eropah - PM China
Tidak ada konflik geopolitik antara China dan Eropah, apatah lagi konflik kepentingan asas, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20 satu kejayaan, kata Menteri Luar Rusia
Sidang Kemuncak G20 di India akan beri dorongan positif kepada pembaharuan Dana Kewangan Antarabangsa dan Organisasi Perdagangan Dunia.