DUNIA
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
Perjanjian keselamatan baharu antara Indonesia dan Australia menandakan peluasan kerjasama pertahanan dua hala terbesar dalam 30 tahun, disifatkan sebagai langkah penting bagi hubungan kedua negara. -Foto Reuters
JAKARTA: Indonesia hari ini memeterai perjanjian keselamatan baharu dengan Australia yang disifatkan sebagai peluasan kerjasama pertahanan dua hala paling besar dalam tempoh 30 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Upacara menandatangani di Istana Merdeka itu disaksikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, yang menyifatkannya sebagai detik bersejarah serta bukti hubungan berada pada tahap paling kukuh.
Albanese berkata perjanjian berkenaan merupakan lanjutan utama kepada kerjasama sedia ada yang berakar daripada Perjanjian Keselamatan 1995 (Keating–Suharto) dan Perjanjian Lombok 2006.
Beliau menegaskan, hubungan dengan Indonesia kini setara kepentingannya dengan hubungan Australia–Amerika Syarikat, selari keutamaan strategik Canberra terhadap Jakarta sebagai rakan serantau utama.
Melalui pakatan baharu ini, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan konsultasi keselamatan secara berkala di peringkat pemimpin dan menteri, di samping memperluas latihan ketenteraan bersama.
Australia juga menyokong pembangunan fasiliti latihan baharu di Indonesia serta menempatkan pegawai kanan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam Angkatan Pertahanan Australia (ADF) sebagai sebahagian pertukaran strategik.
Teks penuh perjanjian belum diterbitkan, namun pemimpin berkenaan menyatakan ia merangkumi pertimbangan tindakan bersama jika keselamatan salah satu pihak terancam.
Prabowo menegaskan perjanjian itu seiring dasar luar “bebas dan aktif” Indonesia serta mencerminkan komitmen terhadap prinsip jiran yang baik.
Beliau yakin kerjasama tersebut akan menjadi salah satu tonggak kestabilan serantau, ketika Indonesia menyeimbangkan hubungan dengan kuasa besar termasuk China yang kekal sebagai rakan dagang terpentingnya.
Langkah Canberra memperkukuh rangkaian keselamatan di Indo-Pasifik bukan perkara baharu, dengan kerajaan Australia sejak beberapa tahun kebelakangan memeterai perjanjian dan memperluas kerjasama dengan negara-negara serantau termasuk Papua New Guinea dan Timor-Leste dalam usaha mengimbangi pengaruh Beijing.
Penganalisis di Lowy Institute berpandangan perjanjian ini menzahirkan keserasian strategik Australia–Indonesia pada saat ekonomi serta populasi Indonesia berkembang pesat.
Walaupun kandungannya bersifat komitmen politik untuk berunding (bukan perikatan pertahanan bersama), hubungan erat ini dianggap penting bagi kestabilan jangka panjang rantau ini.
Kedua-dua pemimpin optimis perjanjian ini akan mengukuhkan keselamatan serantau serta menjadi asas kepada kerjasama pertahanan yang lebih mendalam pada masa depan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perjanjian keselamatan baharu antara Indonesia dan Australia menandakan peluasan kerjasama pertahanan dua hala terbesar dalam 30 tahun, disifatkan sebagai langkah penting bagi hubungan kedua negara.
- Perjanjian tersebut melibatkan peningkatan konsultasi keselamatan dan latihan ketenteraan bersama, selain sokongan Australia terhadap pembangunan fasiliti latihan di Indonesia serta pertukaran pegawai kanan antara kedua tentera.
- Meskipun bukanlah perikatan pertahanan bersama, perjanjian ini dipercayai akan memberi impak positif terhadap kestabilan serantau serta membuka jalan kepada kerjasama pertahanan yang lebih kukuh di masa akan datang.
Upacara menandatangani di Istana Merdeka itu disaksikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, yang menyifatkannya sebagai detik bersejarah serta bukti hubungan berada pada tahap paling kukuh.
Albanese berkata perjanjian berkenaan merupakan lanjutan utama kepada kerjasama sedia ada yang berakar daripada Perjanjian Keselamatan 1995 (Keating–Suharto) dan Perjanjian Lombok 2006.
Beliau menegaskan, hubungan dengan Indonesia kini setara kepentingannya dengan hubungan Australia–Amerika Syarikat, selari keutamaan strategik Canberra terhadap Jakarta sebagai rakan serantau utama.
Melalui pakatan baharu ini, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan konsultasi keselamatan secara berkala di peringkat pemimpin dan menteri, di samping memperluas latihan ketenteraan bersama.
Australia juga menyokong pembangunan fasiliti latihan baharu di Indonesia serta menempatkan pegawai kanan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam Angkatan Pertahanan Australia (ADF) sebagai sebahagian pertukaran strategik.
Teks penuh perjanjian belum diterbitkan, namun pemimpin berkenaan menyatakan ia merangkumi pertimbangan tindakan bersama jika keselamatan salah satu pihak terancam.
Prabowo menegaskan perjanjian itu seiring dasar luar “bebas dan aktif” Indonesia serta mencerminkan komitmen terhadap prinsip jiran yang baik.
Beliau yakin kerjasama tersebut akan menjadi salah satu tonggak kestabilan serantau, ketika Indonesia menyeimbangkan hubungan dengan kuasa besar termasuk China yang kekal sebagai rakan dagang terpentingnya.
Langkah Canberra memperkukuh rangkaian keselamatan di Indo-Pasifik bukan perkara baharu, dengan kerajaan Australia sejak beberapa tahun kebelakangan memeterai perjanjian dan memperluas kerjasama dengan negara-negara serantau termasuk Papua New Guinea dan Timor-Leste dalam usaha mengimbangi pengaruh Beijing.
Penganalisis di Lowy Institute berpandangan perjanjian ini menzahirkan keserasian strategik Australia–Indonesia pada saat ekonomi serta populasi Indonesia berkembang pesat.
Walaupun kandungannya bersifat komitmen politik untuk berunding (bukan perikatan pertahanan bersama), hubungan erat ini dianggap penting bagi kestabilan jangka panjang rantau ini.
Kedua-dua pemimpin optimis perjanjian ini akan mengukuhkan keselamatan serantau serta menjadi asas kepada kerjasama pertahanan yang lebih mendalam pada masa depan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dimaksudkan dengan perjanjian keselamatan baharu antara Indonesia dan Australia?
A: Perjanjian keselamatan baharu antara Indonesia dan Australia adalah peluasan kerjasama pertahanan dua hala yang disifatkan sebagai yang terbesar dalam tempoh 30 tahun. - Q: Apa yang menjadi fokus utama perjanjian keselamatan tersebut?
A: Perjanjian keselamatan tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan konsultasi keselamatan secara berkala di peringkat pemimpin dan menteri, serta memperluas latihan ketenteraan bersama di antara kedua negara. - Q: Bagaimana perjanjian ini mencerminkan hubungan strategik antara Australia dan Indonesia?
A: Perjanjian ini mencerminkan hubungan yang setara kepentingannya dengan hubungan Australia-Amerika Syarikat, menunjukkan keutamaan strategik Canberra terhadap Jakarta sebagai rakan serantau utama. - Q: Apakah langkah konkret yang diambil oleh Australia untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan Indonesia?
A: Australia menyokong pembangunan fasiliti latihan baharu di Indonesia, menempatkan pegawai kanan Tentera Nasional Indonesia dalam Angkatan Pertahanan Australia, serta bersetuju untuk bertindak bersama jika keselamatan salah satu pihak terancam. - Q: Bagaimanakah perjanjian ini dijangka memberi impak terhadap kestabilan serantau?
A: Perjanjian ini dijangka akan mengukuhkan keselamatan serantau dan menjadi asas kepada kerjasama pertahanan yang lebih mendalam pada masa depan, serta memberi sumbangan kepada kestabilan jangka panjang di rantau Indo-Pasifik.