Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.
Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000) yang merupakan gaji tiga bulan bagi kebanyakan rakyat Indonesia.
Berjuta-juta rakyat Indonesia mungkin terkesan dengan undang-undang baharu ini susulan kajian mendapati 40 peratus warga muda Indonesia terlibat dalam kegiatan seks luar nikah.
Hukuman penjara maksimum selama setahun juga boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya apabila ada anggota keluarga terdekat membuat aduan.
Sekiranya diluluskan, undang-undang ini akan berkuat kuasa menjelang akhir bulan ini.
Parlimen Indonesia dilapor turut mempertimbang mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pelancong yang melakukan hubungan seks luar nikah semasa berkunjung ke destinasi percutian popular di Bali.
Susulan kenyataan itu, kedutaan luar di Jakarta dilapor akan mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga negara mereka yang bercadang mengunjungi Indonesia.
Undang-undang juga memberi impak kepada aktiviti homoseksual memandangkan perkahwinan gay tidak diiktiraf di Indonesia.
Bagi pasangan yang belum bernikah mungkin terpaksa meminimumkan batas hubungan mereka di khalayak.
Sementara itu, Pengerusi Inisiatif Antarabangsa NGO Indonesia Colin Singer berkata undang-undang itu boleh menyebabkan pelancong asing yang berkongsi bilik hotel dengan seseorang yang tidak berkahwin bakal menerima 'percutian percuma di penjara'.
Astro Awani
Fri Sep 20 2019

Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah. -Gambar hiasan

RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Dokumen berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara termasuk kesan COVID-19.

Tujuh tahun misteri MH370: Kerajaan terbuka perbincangan untuk teruskan pencarian
Kerajaan juga menzahirkan komitmen untuk memastikan semua ahli keluarga dan waris mangsa terus mendapat perkembangan mengenai pencarian pesawat tersebut.

Lemas | Mayat remaja dihanyutkan arus ditemui pagi Ahad
Mayat remaja yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang Kelantan ditemui terapung 15 kilometer daripada lokasi asal pada Ahad. Mayat Nur Jannatul Alia Mohd. Zamri, 13 tahun dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, 24 kes dikesan di Perlis
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.

Vaksin COVID-19 | Petugas hadapan lebih yakin tunaikan kewajipan
Hampir 50 peratus petugas kesihatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar terdiri daripada doktor, jururawat dan pengamal perubatan am sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Dr Othman Warijo berkata, petugas berkenaan telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

COVID-19 | Varian Nigeria B1.525 boleh dikesan
Varian Nigeria B1.525 daripada COVID-19 mempunyai mutasi penting dalam spike protein, tetapi ia tidak menjejaskan keupayaan untuk mengesan atau menjejaki seseorang yang dijangkiti varian itu.

Lima bandar raya utama di Malaysia mengalami peningkatan suhu
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan oleh sebuah organisasi regenerasi bandar yang berorientasi masyarakat, Think City mendapati lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak satu dekad yang lalu.

Sabah perlu tingkat capaian Internet untuk tarik pelancong, pelabur antarabangsa
Sabah perlu memastikan negeri itu mempunyai kemudahan Internet yang baik yang diperlukan golongan pelancong serta pelabur.

Gara-gara geram sampah dibuang sembarangan, tukang sapu di Paris jadi selebriti TikTok
Semuanya bermula apabila Ludovic Franceschet kecewa dengan sikap orang yang membuang sampah merata-rata.

Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.

Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.

KDN warta perintah larangan terhadap dua buku
Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.

Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.

Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak
Perompak mengambil wang tunai satu dolar Amerika sebelum melarikan diri.

Lebih separuh kes jangkitan HIV pada 2018 berpunca daripada hubungan seks sejenis
Hubungan seks dilihat mula menjadi penyumbang utama kes jangkitan HIV di Malaysia pada tahun 2010, dengan 40 peratus kes.

Bapa tembak mati anak lelaki homoseks
Seorang bapa menembak mati anak lelakinya disebabkan remaja itu mengamalkan aktiviti hubungan sejenis.

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.

Lelaki saman Apple, dakwa iPhone ubah dirinya jadi gay
Tuntutan undang-undang tersebut difailkan di sebuah mahkamah di Moscow selepas dia tersalah menerima mata wang kripto 'Gaycoin' melalui aplikasi telefon pintar tersebut.

Indonesia bakal haramkan seks luar nikah, jutaan dijangka dipenjarakan
Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.